expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, August 24, 2015

Thy Executive Hotel, JB || Apa pendapat saya?

Salam semua.. Ada sesiapa nak ke Johor Bahru? Bolehlah try menginap di Thy Executive Hotel, Plentong, Johor Bahru. Saya stay sini masa raya hari tu. Jom tengok apa ada di hotel ni.

Mendengar nama hotel je saya rasa hotel ni mahal ratenya. Tengok gambar macam biasa-biasa tapi bila sampai, erm not bad.. Memang nampak eksklusif. Lobi dia luas.

Check-in! Biliknya luas dan bersih. Selesa la if duk dengan family pun sesuai ada space untuk tambah tilam.

Ada TV, meja solek, locker..

Ada tingkap comel ni rasa cute je. huhu..

Toiletries yang disediakan.

Tiada bath tub. Hanya shower saja. Toilet nya bersih tapi saya tak sure sama ada bilik saya sahaja yang ada masalah bau kurang menyenangkan keluar daripada saluran toilet. Sepanjang masa kena pasang exhaust fan sebab hidung saya sensitif pantang ada bau-bau tak best. 

Ni seperti biasa la. Huhu

Breakfast disediakan di Thy Cafe level paling bawah hotel.

Suasana dalam cafe..

Tak banyak pilihan sangat breakfast disediakan. Tapi ada sijil Halal.

So, kalau nak cari tempat yang selesa dan tak mahal sangat boleh try Thy Hotel ni. Saya puas hati lah sebab bilik luas dan bersih. Tapi saya rasa kalau cat dinding bilik ditukar kepada wallpaper mesti lagi menarik hotel ni. Sebab bila cat lama-lama warnanya luntur menjadikan hotel ni kurang eksklusif. Rate? Saya tak berapa ingat tapi sebab nama pun eksklusif so lebih sikit harganya banding hotel bajet biasa. More info boleh terjah ke http://www.thyexecutivehotel.com/ 

Address: Lot 64302, Jalan Mutiara 1,, Taman Perindustrian Plentong, 81750 Johor Bahru, Johor, Malaysia
Phone:+60 7-353 2888


Misya : Tilam hotel tak pernah mengecewakan.




1 comment :

Puan Wawa said... Reply To This Comment

Klu nak g bercuti ngan family, blh cuba hotel ni.. Yg penting luas , bersih n selesa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...