expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, September 23, 2015

Surprise Birthday Flower from hubby @office!

Salam. Last time saya ada share entry yang saya sentap masa bufday saya 10 September lalu. Entry tu di SINI. Walau bagaimanapun, kesentapan saya terus hilang petangnya bila terima kiriman sejambak bunga ros di office. ^_^ Receptionist saya call suruh datang depan ambil barang. Saya pelik sebab rasanya takde pula saya order barang online. Erm takpela maybe surat dari klien kot. Sampai-sampai je kat kaunter, kakak yang jaga kaunter terus tunjuk bunga yang dihantar. Huarghhhhh tetiba rasa sebak dan terharu!!!=') Semua orang yang ada kat situ semua senyum-senyum. Malu pon ada! Hehe..

Tq so much buat suami tercinta for this surprise.. Tak sangka dia wat surprise camni. Sebab setahu saya dia bukannya romantik sangat pun. hehe.. Happy sangat-sangat dapat kejutan ni sebab rasanya tak pernah kot dapat bunga dengan cara camni seumur hidup saya. Bese tengok dalam drama TV je..^^

Tak perlu hadiah besar-besar atau mewah pun dah wat saya happy.

My favourite.. Roses.. Pink.. 

Membaca kata-kata dalam kad yang dikirimkan wat saya rasa nak nangis pun ada. T_T

Actually my hubby dah wish jam 12.00 tengah malam nya melalui wasap. Masa tu saya tengah meeting dengan biz partners. Jadi tak expact dia akan wat surprise lain pula. 

I love you too, husband...^_~


Reaksi saya lepas ambil bunga di kaunter. Speechless masa ni! 


Saya berharap di usia baru ni saya akan menjadi insan, wanita, isteri, anak, kakak, menantu, pekerja, dan busineswoman yang lebih baik. Tiada apa yang saya harapkan melainkan dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik, dilimpahi rezeki, dikurniakan cahaya mata dan berjaya di dunia dan akhirat... Doakan saya ya! Amin...=)


Misya : Senyum sepanjang hari.

1 comment :

Lisa Nurulain said... Reply To This Comment

Best nya..heheh tp sy prefer suka mawar biru ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...