expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, December 16, 2015

Istanbul Trip #9 : Istana Kamal Artartuk & shopping @Taksim!

Salam semua. Huarghh tetiba baru ada mood nak sambung entry trip saya ke Istanbul, Turki. Last update 7 Oktober lepas Part 8, fuh lama betul gap nyer tuh.Selepas melawat Muzium Masjid-Gereja Haghia Sophea, kami dibawa pula ke Istana Kamal Artartuk a.k.a Dolmabahce Palace, kediaman rasmi pemimpin Turki yang sangat terkenal di seluruh dunia. Tapi kami tak dibenarkan snap foto di kawasan tertentu dalam istana ni.

Di leaflet yang diberi kami dapat mengagak betapa besarnya istana ni. Actually bukan Kamal Artartuk saja pernah mendiami istana ni malah seluruh kerabat diraja Turki pun menggunakan istana ni sebagai pusat pentadbiran negara Turki suatu masa dulu.

.
Inilah rupa istana Kamal Artartuk dari luar. Nampak kecil tapi rupanya bila masuk ada lagi bangunan istana disebalik main building ini.

Nak masuk ke istana ni perlu melalui beberapa pintu gerbang. Fuh letih gak berjalan walaupun cuaca sejuk. 

With my sis in law..

With kakak dan adik ipar.. Syok jalan-jalan ngan dorang ni. Huhu

Nak elak kebasahan sempat beli payung plastik ni. RM8-10.00 lebih kurang harga dia.

Lega dah sampai. Tak tahan dah sejuk sangat nak panaskan badan kat dalam. Grrrr.....


Sempat wefie di pintu masuk. Tengok dinding istana ni dihiasi ukiran yang indah. Ada yang disaluti emas! Serius melangkah masuk ke istana ni perghhh besar gilerrr.. 

Dari pintu masuk inilah rupa istana tersebut. Ni baru pintu masuk tau dah besar camni. Tak sangka dalam dia  ada banyak bilik dan ruang yang size lebih kurang besar gini!

Ada banyak bilik, silap-silap boleh sesat. Bilik tidur, bilik mesyuarat, bilik air, bilik makan, ruang solat, ruang tamu, fuh memang tak terkira banyaknya. Istana ni terletak tepi laut so memang para pedagang yang berlabuh pasti singgah ke sini. 

 Dulu-dulu istana besar melambangkan kekuatan sesebuah kerajaan. Tapi kalau zaman sekarang ni ada yang bina istana besar camni dikira sangatlah membazir. Huhu

Deco yang sangat mewah. 

Seni yang sangat mengagumkan! Dihiasi emas menampakkan kemewahan istana Kamal Artartuk ni.

Bila dah last-last tu kami pun dah tak fokus apa penerangan pegawai yang iring kami tu sebab penat berjalan, luas sangat istana ni sampai dah tak tahu ruang apa lagi yang kami singgah. Huhu. Tapi tak sangka la kerajaan Islam pernah ada negara yang sangat kaya-raya dan digeruni hingga kini.

Ini ruang terakhir yang kami lawati sebelum keluar dari istana gah ni. Finally... Huhu..

Keluar je salji sedang turun dengan lebat. nasib baik dah standby beli payung. 


See... istana ni betul-betul tepi laut. Kalau orang nak serang ke, nak datang berdagang ke memang pihak istana dah tahu awal-awal dah. 

Gerbang utama yang menghubungkan ke laut. Kalau bukan musim sejuk dia open so leh turun bawah ke tepi pantai.


The best photo snapped by Ustaz Huda. Love it so much! Ala-ala winter sonata gitu...

Ok meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Feeling romantik sangat masa ni. ^_^


Goodbye Palace!

Disebabkan belum lunch, singgah sebentar di sebuah cafe berhampiran Istana Kamal Artartuk.

Kebab kat sini sangat besar so kena nganga luas-luas nak makan. hehehe. Harganya? Okla tak mahal sangat. Standard harga di Malaysia. Dalam RM8.00-15.00 untuk kebab yang besar dengan minuman.

Sempat snap dengan snowman kat luar restoran. Tapi kalau datang sini jangan sesekali runtuhkan snowman yang dorang wat. Silap-silap anda kena belasah! Dorang sangat marah tau kalau anda menyebabkan ianya rosak dan runtuh. Apetah lagi saja-saja menyepaknya! Huhu..



Orait disebabkan yang lain-lain dah kepenatan, saya, husband, kakak ipar dan Ustaz Huda menyambung perjalanan ke sebuah tempat shopping. Wahhh ini memang saya suka! Hehe.. Kat sini senang, naik tren je..

Nama tempat ni Taksim. Kira tempat muda-mudi menghabiskan duit untuk shopping! Sampai-sampai je, ok saya dah rambang mata! Tengok tu punya laju saya jalan sampai dah tak ingat cuaca sejuk. Hehehe. Semua kedai nak masuk. Hahaha.. Masuk kedai 1st ingatkan mahal-mahal la harganya sekali tengok, mak aiiii lebih murah dari Malaysia! Brand yang biasa ada kat KLCC macam Mango, Kitschen, Nitchie & etc lebih murah banding kat Malaysia. Yang harga RM200-300++ tak sampai RM150 pun. Plus hujung winter memang baju-baju winter fashion dijual dengan murah. Ya Allah apa lagi memang saya borong ler... hehe..

Sale! Sale! Sale! 

Kat sini ada tram tertua di dunia melalui kawasan ni. Nak naik tapi tarikan shopping lebih kuat. Wakakaka..

Macam berada di zaman klasik pun ada.

Kira tempat ni macam Jalan TAR, KL cuma kedai-kedainya lebih kepada barangan branded.

Pizza Hut pun ada beb!

Mango... Serang!!!

Macam-macam ada kat sini...

Haaaa ni antara yang saya rembat! Rasa tak puas sebenarnya. Wakakaka... Plus memang saya tak bawa baju winter yang banyak, so ambil kesempatan la kan shopping di sini. Berguna baju-baju ni untuk sambung perjalanan trip ke Egypt pula. Sana pun musim sejuk.

Muka happy dapat shopping! hihihi




If nak ke mana-mana kemudahan train sangat banyak. Don't worry...

Orait pulang ke Bekdas Hotel untuk rest.. Tunggu sambungan Part 10 pula ya.. Hehehe dah nak habis, jangan risau. Wakakaka..


Misya : Shopping sesuatu yang berbaloi dimiliki.






2 comments :

Orange Juice said... Reply To This Comment

seronok arhhh..hehe..

Nurfaezah Abdullah said... Reply To This Comment

wow bestnye dpt shopping byk2 kan hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...