expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 15, 2015

Shawarma di Hammurabbi Restaurant sangat marvelous!

Salam. Ya Habibi Ya Maulana... Teringin nak makan makanan Arab? Ahha jom ke Cyberjaya sebab ada 1 restoran Arab yang best untuk diterjah. Namanya Hammurabbi.. Saya tak sure apa nama kawasan tu tapi berhadapan Agym Fitness Centre. Saya n husband fall in love dengan tempat ni bcos ada Shawarma! Ahha tau apa tu Shawarma? If tak tahu, korang kena tahu. Hehe sebab Shawarma ni sangatlah sedap! Tak semua restoran Arab jual Shawarma ni. Dia ala-ala kebab daging / ayam dalam roti pita. Tapi yang menariknya rasa dia super duper marvelous.! Juicy, sedikit oily (but acceptable), sedikit pedas dan rasa rempah yang sangatlah sedap. Cicah dengan sos bawang putih, perghhhhhhhhh serius tak hengat kesedapannya! Adoiiiii wat entry ni pun dah terliur! Wakakaka... Uols wajib try if datang ke Hammurabbi Restaurant ni. 


Selain dari Shawarma, nasi Arab dia pun sodap. Seperti biasa memang nasi dia sangat banyak. Boleh share 2 orang.

 Sesekali beralih angin ke selera padang pasirrrrun la kan.. Cuma takde unta je. Ahaks. Mengingatkan kami pada trip percutian kami ke Egypt sebelum ni every time singgah makan di sini.

Ahha, jangan lupa order minuman dalam botol ni. Botol dia nampak macam pelik tapi don't worry ianya sangat sedap. Barbican.. Macam-macam flavour ada. Saya suka peach..

Tak lupa desert a.k.a manisan. Tak ingat apa namanya tapi sedap. Dalamnya macam ada kelapa dan kacang yang rangup. 

Ni la rupa restorannya. Tapi baru-baru ni saya datang dia dah tambah lagi lot restorannya. Jadi semakin besar.Makin maju restoran ni. Maybe sebab makanan dia sedap-sedap. Banyak student foreigners yang datang makan kat sini. Leh feeling-feeling oversea gitu. So selamat mencuba!



Misya : Kenapa makanan Arab di Malaysia lebih sedap?

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...