expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 31, 2015

Segmen Bloglist # 1 by Fieyqa Adelova

Klik banner untuk join

Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016
http://www.azhafizah.com/

Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015

Tuesday, December 29, 2015

Pencarian Top 5 Blogger 2016

Assalamualaikum

*tekan banner untuk join

Tag rakan : Farah Waheeda Wahid
Nama panggilan dalam blog : Misya
Tempoh pengalaman berblogging : 6 tahun

Monday, December 28, 2015

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER

Klik untuk join

Chinese Food @Marriot Putrajaya, simple but marvelous!

Salam. Ahha tak tahu nak makan apa untuk lunch? Saya suggest anda try Chinese Food di Marriot Hotel, Putrajaya. Actually saya bukan penggemar chinese food. But fortunately saya wat side visit ke Marriot untuk preparation event office so executive kat situ ajak lunch together. Apa lagi, rezeki jangan ditolak! hehe...

Ini kira 2nd time saya makan di sini. Before this saya pernah attend 1 seminar kat sini but that time tak sempat nak snap photo. 

Nampak seperti makanan dihidangkan ala Dome tapi rupanya kalau Chinese style, inilah buffet style dorang. Just order je whatever you want nanti pelayan akan bawakan.

Simple foods tapi rasa dia sangat puas hati! Sedap lagi enak gitu.. Mula-mula saya bayangkan Chinese food ni tawar (i mean less salt) but bila dah rasa, tetiba fall in love pula. Semua cukup rasa. Every dish comel-comel je tapi agak mengenyangkan juga rupanya. 

Pelbagai dim sum, sayuran, ketulan ayam/ikan/meat yang digoreng garing dengan tepung sambil dihidangkan dengan nasi goreng cina dan green tea, memang super marvelous. Patutlah memang ada Chinese food lover.  Tak menyesal la terima pelawaan dorang. Makan free pula tu. Hehehe..

Sempat wefie depan restoran sebelum pulang ke office. Oh jangan risau, restoran ni Halal! No pork dihidangkan kepada mana-mana customer. Alhamdulillah kenyang.. Hehe tq Marriot!


Misya : Masakan Padang tetap di hati.

Segmen Jom FOLLOW & Klik Nuffnang by Ct Roxalynna NH

Klik untuk join

Dayana's Blog List Jan-Mar 2016

Klik untuk join

Friday, December 18, 2015

Invitation to Lingerie Profesional Training by Ms. Terada from Japan!

Salam. Wow! Akhirnya yang ditunggu telah tiba. Saya dapat jemputan ke training special untuk mendalami lagi bidang kecantikan melalui pakaian dalam DX Lingerie. Uish ni bukan training cikai-cikai tau. Penceramah yang datang merupakan lecturer from Universiti Toyama, Japan iaitu Ms. Terada. Hasil kajian Ms. Terada dan team inilah menghasilkan baju dalam terbaik di dunia sampai dapat anugerah rekacipta terbaik. Perghh memang saya teruja nak mendalami ilmu tentang DX dan Charms Lingerie. Bayangkan betapa hebatnya baju dalam ni sampaikan company Elken pergi ke Jepun untuk mendapatkan hak pengedaran baju ni dan dipatenkan. So anda takkan jumpa baju dalam ni kat tempat lain. Kalau nak, cari saya ya!=) 

Tu dia tiket masuk ke training ni. Special untuk dealer yang dah mendapat pencapaian tertentu. Actually teruja nak jumpa Ms. Terada yang comel ni. Huhu. Orang Jepun kat hebat dan maju. 

Nantikan update terkini saya tentang training ni. Ms. Terada akan bongkarkan bagaimana baju dalam magic DX dan Charms mampu menghasilkan bentuk badan menawan dengan cara selamat, sihat, murah dan berkesan.

Bukan calang-calang orang Ms. Terada ni. Patutla orang Jepun comel dan cantik-cantik. Susah nak jumpa orang Jepun yang gemuk atau obes. Sebab rakyat dia jaga kecantikan bermula dari dalam. Pakaian dalam ibarat acuan. Betul acuan, betul la body shape kita.

Boleh dapat banyak lagi rahsia tentang baju dalam magic ni. Special untuk kami yang terpilih. If anda mahu juga, kenalah sertai saya dan kita sebarkan kebaikan baju dalam kepada semua wanita yang kita sayangi. ^_^


Misya : Menuntut ilmu tiada hadnya.





Zakat setiap bulan melalui potongan gaji.

Salam semua. Sempena hari Jumaat ni saya nak share dengan anda, if nak bayar zakat pendapatan melalui potongan gaji boleh ke mana-mana Pusat Pungutan Zakat yang berhampiran. Sejak saya mula bekerja, ibu saya selalu remind suruh wat potongan gaji bayar zakat. Mula-mula tu macam endah tak endah je. Tapi lama-lama terfikir balik why not buat je potongan zakat direct melalui gaji. At least dapat menyucikan gaji yang kita terima setiap bulan kot-kot kerja tak cukup masa ke atau lobang sana-sini kan..  Besela manusia...


Alhamdulillah since pertengahan tahun hari tu saya dah mulakan. Tak banyak pun dalam RM50++ camtu. It depends pada kemampuan dan limit gaji anda juga. If nak berzakat harta atau emas, masih belum mampu lagi. InsyaAllah moga dengan berzakat ni dapat menambah lagi keberkatan rezeki yang kita terima. Melalui zakat ni juga kita dapat kurangkan bayar cukai pendapatan tahunan if tak silap. Better bayar zakat compare to bayar cukai. Salurkan rezeki kepada golongan yang lebih memerlukan. Jom berzakat!=)

Misya : Rezeki jadi darah daging.

Thursday, December 17, 2015

Bila keluar rumah pakai kasut sebelah lain-lain!

Salam. Adoii pernah tak terjadi kat anda tanpa sedar anda keluar rumah menuju ke sesuatu tempat bila dah sampai baru realize that anda pakai kasut sebelah kiri lain, sebelah kanan lain? Tak pernah? Anda memang beruntung. Wakaka. Dan benda ni telah terjadi kepada saya!!! Adoiii malu giler dik... Hahaha..


Pagi tu nak ke 1 mesyuarat, saya agak lewat masa tu so rushing la keluar rumah. Dengan rasa confident nya saya terus sarung sepasang sandal wedges. Kebetulan both sandals warna hitam cuma design berbeza.. Tengah rushing kan, hulur jela kaki mana yang sempat. Masuk kereta terus jalan. Sampai ke bilik meeting tak perasan lagi tu. Tapi dah terasa feel kaki lain macam. Maybe tali putus kot. Kebetulan kena present something so ignore jela. Hahah boleh camtu....

Habis je present (nasib bek present dari tempat duduk je tak perlu berdiri kat depan), barulah tergerak hati nak tengok kaki nape feel pelik. SubhanAllah.......... Mengucap panjang saya dalam hati, awat sebelah lain, sebelah tu lain??!! Hahahaha adoiii tak tahu masa tu nak gelak ke nak marah ke.. Tapi sebenarnya lebih kepada rasa malu!. ~_~ Nasib bek takde orang perasan atau tegur. Maybe sebab warna sama, saya pula pakai jubah labuh bunga-bunga hitam putih. Memang ter cover baekkk la. Hahaha.. Bila fikir balik tersangatlah kelakar. Lepas insiden ni, saya terus jadi sangat berhati-hati pilih kasut tiap kali nak keliuar rumah. Tula kasut banyak sangat kan.. Hehehe.. Anda jangan contohi saya tau. Hihihi


Misya : Confident itu penting.

Welcome to Misya's new office..

Salam. Alhamdulillah selamat berpindah ke office baru. Dah 2 bulan dah kat sini tapi baru sempat nak update. Hehe teruk betul saya ni kan? Busy benor sampai lembab sangat update entry. Wakaka. Ok-ok azam tahun 2016 nanti saya akan lebih cargas update entry. Ngeee.. 

Ahha inilah keadaan partition saya di office baru. Lebih kecil dari office lama. Leh tengok SINI. Memang muat-muat seorang je leh duk. Sebelum ini besar sedikit ada tempat duduk untuk visitor/klien datang. Now only me can sit here. Kalau nak partition besar sikit kenalah cepat-cepat naik pangkat. Huhu takpe dulu la kot..

Masa mula-mula sampai mak aii pening kepala juga camne nak kemas this place. Tapi wat juga sikit demi sikit maka dapatlah partition yang tersusun dan selesa untuk bekerja 8 jam sehari.

Selfie sikit! Hehe.. Wajah di tempat baru..

Hope di office baru, aura baru, semangat baru terus mekar untuk bekerja bersungguh-sungguh. Alhamdulillah kawan-kawan office jenis yang sporting dan baik-baik. Saya jenis tak amik port sangat gosip-gosip ke apa ke. Husband dah pesan elakkan 'anyam ketupat' a.k.a cerita tentang orang ke apa ke.  Bagi saya cari rezeki yang halal dan barakah itu penting. Apa-apa kerja diberi mesti siap sehabis baik! Taknak create suasana tak best dalam kerjaya. 

Misya : Bila la nak dapat big bos yang sporting.

Wednesday, December 16, 2015

Saya nak menang tudung bawal crepe

Klik untuk join

Word of Wednesday || Doa untuk sahabat...

Assalamualaikum semua.. Jom kita sama-sama berdoa untuk sahabat-sahabat yang kita sayangi.. Secara tak langsung orang pun mendoakan kita juga.:)



1. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang sakit, sembuhkanlah dia.
2. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang bermasalah, berilah jalan keluar untuk dia.
3. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang kesempitan wang, kau murahkanlah rezekinya.
4. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang bermasam muka diantara satu sama lain damaikanlah mereka.
5. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.
6. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepada dia.
7. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang bersedih hati, kembalikanlah keceriaan di wajahnya.
8. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang di dalam perjalanan selamatkanlah dia menuju destinasinya.
9. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang berada dipersimpangan jalan yang berliku, tunjukkanlah jalan yang diredai oleh Mu.

Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamin...

Istanbul Trip #9 : Istana Kamal Artartuk & shopping @Taksim!

Salam semua. Huarghh tetiba baru ada mood nak sambung entry trip saya ke Istanbul, Turki. Last update 7 Oktober lepas Part 8, fuh lama betul gap nyer tuh.Selepas melawat Muzium Masjid-Gereja Haghia Sophea, kami dibawa pula ke Istana Kamal Artartuk a.k.a Dolmabahce Palace, kediaman rasmi pemimpin Turki yang sangat terkenal di seluruh dunia. Tapi kami tak dibenarkan snap foto di kawasan tertentu dalam istana ni.

Di leaflet yang diberi kami dapat mengagak betapa besarnya istana ni. Actually bukan Kamal Artartuk saja pernah mendiami istana ni malah seluruh kerabat diraja Turki pun menggunakan istana ni sebagai pusat pentadbiran negara Turki suatu masa dulu.

.
Inilah rupa istana Kamal Artartuk dari luar. Nampak kecil tapi rupanya bila masuk ada lagi bangunan istana disebalik main building ini.

Nak masuk ke istana ni perlu melalui beberapa pintu gerbang. Fuh letih gak berjalan walaupun cuaca sejuk. 

With my sis in law..

With kakak dan adik ipar.. Syok jalan-jalan ngan dorang ni. Huhu

Nak elak kebasahan sempat beli payung plastik ni. RM8-10.00 lebih kurang harga dia.

Lega dah sampai. Tak tahan dah sejuk sangat nak panaskan badan kat dalam. Grrrr.....


Sempat wefie di pintu masuk. Tengok dinding istana ni dihiasi ukiran yang indah. Ada yang disaluti emas! Serius melangkah masuk ke istana ni perghhh besar gilerrr.. 

Dari pintu masuk inilah rupa istana tersebut. Ni baru pintu masuk tau dah besar camni. Tak sangka dalam dia  ada banyak bilik dan ruang yang size lebih kurang besar gini!

Ada banyak bilik, silap-silap boleh sesat. Bilik tidur, bilik mesyuarat, bilik air, bilik makan, ruang solat, ruang tamu, fuh memang tak terkira banyaknya. Istana ni terletak tepi laut so memang para pedagang yang berlabuh pasti singgah ke sini. 

 Dulu-dulu istana besar melambangkan kekuatan sesebuah kerajaan. Tapi kalau zaman sekarang ni ada yang bina istana besar camni dikira sangatlah membazir. Huhu

Deco yang sangat mewah. 

Seni yang sangat mengagumkan! Dihiasi emas menampakkan kemewahan istana Kamal Artartuk ni.

Bila dah last-last tu kami pun dah tak fokus apa penerangan pegawai yang iring kami tu sebab penat berjalan, luas sangat istana ni sampai dah tak tahu ruang apa lagi yang kami singgah. Huhu. Tapi tak sangka la kerajaan Islam pernah ada negara yang sangat kaya-raya dan digeruni hingga kini.

Ini ruang terakhir yang kami lawati sebelum keluar dari istana gah ni. Finally... Huhu..

Keluar je salji sedang turun dengan lebat. nasib baik dah standby beli payung. 


See... istana ni betul-betul tepi laut. Kalau orang nak serang ke, nak datang berdagang ke memang pihak istana dah tahu awal-awal dah. 

Gerbang utama yang menghubungkan ke laut. Kalau bukan musim sejuk dia open so leh turun bawah ke tepi pantai.


The best photo snapped by Ustaz Huda. Love it so much! Ala-ala winter sonata gitu...

Ok meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Feeling romantik sangat masa ni. ^_^


Goodbye Palace!

Disebabkan belum lunch, singgah sebentar di sebuah cafe berhampiran Istana Kamal Artartuk.

Kebab kat sini sangat besar so kena nganga luas-luas nak makan. hehehe. Harganya? Okla tak mahal sangat. Standard harga di Malaysia. Dalam RM8.00-15.00 untuk kebab yang besar dengan minuman.

Sempat snap dengan snowman kat luar restoran. Tapi kalau datang sini jangan sesekali runtuhkan snowman yang dorang wat. Silap-silap anda kena belasah! Dorang sangat marah tau kalau anda menyebabkan ianya rosak dan runtuh. Apetah lagi saja-saja menyepaknya! Huhu..



Orait disebabkan yang lain-lain dah kepenatan, saya, husband, kakak ipar dan Ustaz Huda menyambung perjalanan ke sebuah tempat shopping. Wahhh ini memang saya suka! Hehe.. Kat sini senang, naik tren je..

Nama tempat ni Taksim. Kira tempat muda-mudi menghabiskan duit untuk shopping! Sampai-sampai je, ok saya dah rambang mata! Tengok tu punya laju saya jalan sampai dah tak ingat cuaca sejuk. Hehehe. Semua kedai nak masuk. Hahaha.. Masuk kedai 1st ingatkan mahal-mahal la harganya sekali tengok, mak aiiii lebih murah dari Malaysia! Brand yang biasa ada kat KLCC macam Mango, Kitschen, Nitchie & etc lebih murah banding kat Malaysia. Yang harga RM200-300++ tak sampai RM150 pun. Plus hujung winter memang baju-baju winter fashion dijual dengan murah. Ya Allah apa lagi memang saya borong ler... hehe..

Sale! Sale! Sale! 

Kat sini ada tram tertua di dunia melalui kawasan ni. Nak naik tapi tarikan shopping lebih kuat. Wakakaka..

Macam berada di zaman klasik pun ada.

Kira tempat ni macam Jalan TAR, KL cuma kedai-kedainya lebih kepada barangan branded.

Pizza Hut pun ada beb!

Mango... Serang!!!

Macam-macam ada kat sini...

Haaaa ni antara yang saya rembat! Rasa tak puas sebenarnya. Wakakaka... Plus memang saya tak bawa baju winter yang banyak, so ambil kesempatan la kan shopping di sini. Berguna baju-baju ni untuk sambung perjalanan trip ke Egypt pula. Sana pun musim sejuk.

Muka happy dapat shopping! hihihi




If nak ke mana-mana kemudahan train sangat banyak. Don't worry...

Orait pulang ke Bekdas Hotel untuk rest.. Tunggu sambungan Part 10 pula ya.. Hehehe dah nak habis, jangan risau. Wakakaka..


Misya : Shopping sesuatu yang berbaloi dimiliki.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...