expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, January 18, 2016

Egypt Trip #1 || Mengagumi Piramid di musim sejuk...

Salam semua. Dah baca entry percutian saya ke Istanbul? Kalau belum boleh terjah SINI. Ada 10 parts entry if tak silap. hehe memang jenuh nak habiskan tapi insyaAllah perkongsian saya diharapkan dapat beri manfaat buat anda semua. After Istanbul, saya, husband and family mertua menyambung perjalanan ke Egypt atau dalam Bahasa Melayunya Mesir dengan menaiki Turki Airlines. Ahha Mesir, dikenali sebagai bumi Anbia. 

Terasa bertuah diri bila dapat jejak kaki ke sini. Melihat peninggalan sejarah zaman Nabi yang terabadi di sini. Syukur Alhamdulillah..

 Kami sampai sini dah tengah malam. Cuaca punya lah sejuk! Kami stay di Rumah Pelajar Indonesia. Sewanya lebih murah compare sewa di hotel. 

Tak sangka rumah Indonesia ni cantik dihias. Actually rumah ni bekas kedutaan Indonesia yang tinggal. So kini pelajar-pelajar Indonesia yang menjaga rumah ni, Selesa la untuk didiami beberapa hari sebab suasana seperti di rumah. Cuma water heater nya ada problem this time, terpaksa mandi air sejuk. Perghhh memang mandi ala-ala P. Ramlee Bujang Lapok jela! huhu.

Suasana dari luar rumah Indonesia ini. Nampak biasa-biasa. Bahagian bawah digunakan oleh para pelajar Indonesia berkumpul dan buat pape aktiviti. Tapi bahagian atas digunakan sebagai homestay tempat kami menginap.

Keesokan kami dibawa melawat ke kawasan piramid. Kami sewa van dan dibantu oleh pelajar Indonesia sebagai pemandu pelancong kami. Sebelum sampai lagi saya dah kagum melihat piramid sayup-sayup dari kejauhan. Rupa-rupanya piramid ni tak jauh dari bandar Egypt. Tepi-tepi bandar tu je. 

Nak masuk ada tiket. 

Jangan pelik melihat kami berbaju tebal, winter coat bagai di tengah padang pasir ni. Sebab masa ni musim sejuk. Seriously  sangat sejuk around 9 darjah celcius gitu. Memang tak tahan plus angin dari padang pasir bertiup perghhh ketaq juga kepala lutut! Tapi beruntung pergi time camni. Kalau time musim panas mahu terbakar kulit sebab suhu leh cecah 45 darjah!

Di kawasan ni ada 3 piramid dan salah satunya adalah Piramid Giza. The largest piramid in the world! 


Sempat posing sambil menahan kesejukan akibat angin sejuk bertiup agak kuat.



Saya dan husband hingga kini masih tertanya-tanya bagaimana piramid ini dibina. Bayangkan bongkah-bongkah batu besar bagak tu disusun membentuk piramid. Hebatkan? Thats why piramid adalah one of the 7 wonders in the world. Pengunjung boleh naik kat atas tu dan masuk ke dalam piramid tapi dikenakan tiket. Kami memadai berjalan diluar saja.

Hoyeahhh dapat juga kami menunggang unta! Serius agak gayat bila unta ni berdiri time kita di atas nya. Takut jatuh! hehe. 

TAPI makesure sebelum naik, anda runding dulu harga dengan owner unta. If anda menghampiri dorang terus ajak naik jangan terima. Tanya dulu berapa harga. Kalau tak melayang duit anda! Sebab dorang pandai tau kalau orang Malaysia sampai RM50-100 dia caj. Kami awalnya tak tahu. Pemandu pelancong kami tolong nego barulah dorang terima harga RM10-20 then lepaskan. Lepas tu pemilik unta lain pun akan datang berebut-rebut minta duit. Macam nak bergaduh pun ada. Uishhh takut bila teringat situasi sebegitu. Husband dah pesan orang-orang Arab ni memang problem sikit dari segi attitude. Dats why kebanyakan Nabi diturunkan di kalangan mereka sebab bangsa Arab adalah bangsa paling jahil dan hingga kini masih ada sifat-sifat jahiliyyah tersebut. Jadi, berhati-hati ya,

Then kami dibawa ke suatu kawasan tak jauh dari situ untuk melihat ketiga-tiga piramid dari jauh. Serius memang cantik. Di tengah-tengah padang pasir terletak cantik 3 buah piramid. SubhanaAllah memang indah..

Ooppss tertusuk puncak piramid! hehe..

Dari kejauhan... Mengagumi senibina manusia zaman dahulu kala tanpa sebarang teknologi,

Kat sini angin lagi kuat. Tapi kami puas dapat lihat piramid dari jauh dan dekat.

Sempat singgah di sebuah tempat monumen yang biasa kita lihat dalam kaca TV.

Monumen ni dikatakan diukir sebagai mengingati salah seorang Raja Mesir (Firaun) ketika itu.

Nak bergambar di sini memang kena panjat-panjat sikit. Bongkah-bongkah batu yang besar agak memenatkan juga tapi sebab cuaca sejuk, takdelah terasa sangat.

Dah beribu tahun tetap utuh piramid dan monumen sekitarnya. Baguslah Kerajaan Mesir memelihara tempat ni.


Di celah-celah monumen.. Dikatakan ini adalah istana Firaun yang telah runtuh. Memang besar kawasan istana ni.

Area sini terdapat banyak gerai yang menjual souvenir dan kraftangan. Murah-murah juga di sini. Tapi kami dibawa ke tempat lagi best untuk shopping.;)


Nasihat saya if datang sini jangan sesekali terima apa yang dihulurkan oleh orang-orang di sini. Masa saya ke sini ada seorang hamba Allah datang dan terus hulur beberapa keping poskad. Katanya hadiah sebagai ikhlas tanda sahabat. Saya ni tak tahu terus jela ambil sebab yela maybe rezeki saya di bumi Anbia ni. Lepas beberapa langkah berjalan tiba-tiba hamba Allah tu datang minta duit. Katanya sebagai hadiah sebab dia bagi saya hadiah! Aik, kata ikhlas friendship bagai, boleh pula minta duit. Baik tak payah bagi. Saya terus pulangkan. Rupanya itulah taktik peniaga/peminta sedekah di sini. Hulur macam-macam dengan ayat-ayat manis, kalau datang sorang-sorang memang menakutkan. Nasib baik husband ada then dia terus pegang saya suh jalan rapat-rapat. Fuh itulah dugaan 1st day kami di sini. Nanti saya sambung Egypt Trip #2 ya..


Misya : Biar tak alim tapi jangan jahil.





3 comments :

SITI SORFIENA SYASHA said... Reply To This Comment

takutnya kalau jalan sorang2 kat sana. terima kasih diatas nasihat :) klu jenis opi ni, samala macam akak, main ambil je apa org hulur, lagi lagi kalau ckp ayat manis2 -.-' nak jugak opi ada org pegang tgn . hehee

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@SITI SORFIENA SYASHA huhu betul opi.. takpe one day nanti opi pun dapat juga ke sini dgn yg tersayang.=)

Asha Lya said... Reply To This Comment

Menyeramkn juga ehh kn..nasib x d tarik hanbag or apa2 ke kan
Tah bila la lya dpt dtg ke cne

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...