expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 20, 2016

Egypt Trip #2 || Kubu dan Masjid Salahuddin Al-Ayubi

Salam. Ahha sambung dari tengok keindahan piramid dalam Part 1, kami dibawa melawat ke Kubu Pertahanan Kerajaan Islam di Mesir yang sangat gah 1 ketika dahulu. Kawasan kubu punyalah luas dan menempatkan beberapa buah masjid termasuk Masjid Salahuddin Al-Ayubi, antara tokoh dan pejuang Islam yang sangat digeruni dan diingati sehingga kini. Jom zoom apa lagi ada kat kubu yang hebat ini.


Inilah Masjid Salahuddin Al-Ayubi yang sangat saya kagumi. Design nya ala-ala masjid di Turki tetapi sekali imbas masjid ni macam warna keemasan. Actually diperbuat daripada batu marmar. One more time saya kagum, macam mana lah orang dolu-dolu boleh bina masjid dengan batu-batan yang maha besar dan berat tanpa sebarang teknologi!

Sebelum masuk dah nampak dari kejauhan gahnya kubu ni. Thats why kerajaan Islam dahulu sangat digeruni di seluruh dunia.
Nak masuk sini ada tiket. Semua diuruskan oleh pemandu pelancong kami. 

Posing depan peta kubu. Sangat besar. 

Antara foto terbaik yang saya snap dengan fon saya. Non-edited tau. Memang awesome masjid ni. 

Kami berpeluang masuk ke dalam salah sebuah masjid di sini. Suasananya perghhh terasa lain macam. Seperti biasa ukiran corak yang menghiasi masjid ni sangat menakjubkan.

Jangan lupa wefie ya, hehe

See.. tiang seketul tu adalah batu marmar. Siap diukir bagai. Memang amazing!

Selfie itu wajib. Heh.


Ramai pelancong datang ke sini. Cuaca tak berapa sejuk tapi sebab kubu ni berada di pinggiran bukit, jadi angin sepoi-sepoi bahasa yang sejuk bertiup mampu buat kami menggigil juga.


Dari atas kubu kelihatan seluruh bandar Cairo (Kaherah), ibu negara Mesir. Sangat luas. Cuma tidaklah seperti di bandar-bandar elit negara maju yang lain. 



Kawasan luar kubu ni dihiasi pokok-pokok yang dibentuk dengan kalimah Allah, Muhammad dan sebagainya.



Try selfie di sudut-sudut terbaik masjid. Klasik sungguh rasa bila berada di area masjid berusia ratusan tahun ni.

Selain masjid, kat sini juga menempatkan muzium ketenteraan kerajaan Mesir.

So bolehlah melihat kehebatan pertahanan dan peralatan ketentetaan di sini.









 
Orait puas berjalan dan mengagumi kehebatan kubu binaan empayar Islam di sini, perut dah berkeroncong makanya kami request nak try Nasi Arab for lunch.

Kami dibawa ke salah sebuah restoran makanan Arab di sini. 

Orait, if datang ke sini, suasana restoran Arab di sini is really different from Malaysia. Menunya pun tak banyak. Yang paling pelik, orang-orang di sini amalkan minum air berkarbonat like Coke & Pepsi. Berbotol-botol tersusun di tepi dinding. Erm, di Malaysia orang duk boikot dari minum Coke. Jadi, sangat susah nak jumpa jus dan air mineral dan harganya agak mahal kat sini.

Kami order set Nasi Arab berlaukkan ayam. Nak kuah kena order side dish. I'm not sure either mereka yang pelik atau kami yang terasa pelik. Huhu. Kira restoran Arab di Malaysia jauh lebih baik compare di sini. Serius.


Beginilah suasana di kawasan bandar Cairo ni. Kat sini nampak ok, tapi realitinya sukar nak story. Maybe sebab negara ni kelilingnya padang pasir so bangunan dan kebersihan di sini kurang memuaskan. Plus attitude pemandu di sini wow memang menakutkan. Kalau saya berpeluang belajar di sini pun saya akan fikir banyak kali untuk teruskan. Saya mungkin bukan someone yang sesuai untuk tinggal di sini. Siapa yang study atau stay di sini untuk tempoh yang lama memang saya salute la. Perlu kekuatan mental dan fizikal untuk berada di sini. hehe.


Tapi apa-apa pun kalau anda berpeluang untuk melancong ke Mesir, jangan lepaskan peluang. Banyak benda saya belajar di sini walaupun hanya beberapa hari kami stay. Yang akan membuatkan kita bersyukur duduk di Malaysia. 


Misya : Apple juice di sini terbaik.

2 comments :

luqman zakaria said... Reply To This Comment

bestnya dapat rasa macam mana duduk sana walaupon sekejap..memang kagum tengok masjid tuh..zaman zaman dulu pon dah maju boleh bina bangunan secantik tuh tanpa teknologi yg kita ada sekarang.

Yoo ♡ said... Reply To This Comment

lawa betul pemandangan masjid tu hee. bilalah ada rezeki nak pergi XD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...