expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 13, 2016

Hotel Rosmerah, Melaka || Apa pendapat saya?

Salam. Siapa biasa ke Melaka? Atau tak biasa ke Melaka then tercari-cari penginapan untuk bermalam? Last month masa cuti Hari Krismas, saya and family bercuti di Melaka. Saya book Hotel Rosmerah di area Bukit Beruang, Melaka. Apa yang menarik hotel ni? 1st harga dia memang agak ok. Ada breakfast dan bilik pun selesa.

Saya dapat bilik twin masa ni. Kebetulan time cuti full so dapat bilik ini. Oklah kan? Ada juga bilik family 3 orang.

TV mesti ada. Huhu. 

Toilet sangat bersih. Saya memang suka toilet bersih dan tidak berbau. Tanda hotel ni memang bersih.

Nak kopi-kopi boleh panaskan air.

Pintu masuk lobi hotel. Pekerja kat sini mostly Bangla. And they cannot speak in Malay dengan lancar. Kena lah speaking London kan. heh. Tapi yang bagusnya dorang call saya pada hari check-in. Walaupun saya tiba agak lewat, hotel ni tak release bilik yang saya dah book.

Tak tinggi pun hotel ni. 2 tingkat je. Tapi takde lif tau. kena naik tangga. Oklah tak tinggi sangat. Cuma tak sesuai kalau bawa orang tua atau OKU.

Untuk breakfast pagi-pagi boleh turun ke Restoran Asri Rosmerah kat bawah hotel. Kira hotel ni collaborate dengan restoran ni. Guna kupon RM5.00 setiap orang yang hotel beri dan order makanan kat sini. Kalau harga makanan yang diambil terlebih dari kupon kena tambah duit.

This is us.. Nanti saya update apa kami buat di Melaka. Bonding time with family. 

Nak booking? Contact alamat dan no. tel berikut.

Address : Jalan Bukit Beruang Utama 2, Taman Bukit Beruang Utama 1, 75450 Melaka, Malaysia
Phone : +60 6-234 7859


Misya : Nak hias bilik tidur macam hotel.

1 comment :

Anis Amir said... Reply To This Comment

Sy baru je balik dari bercuti kt Melaka. Tp sewa homestay je sbb 'askar' ramai sgt. Nak sumbat dlm satu bilik takmuat hehe

http://anies-msletoes.blogspot.my/2016/01/kes-lenggang-kangkung-kan-dah-lambat.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...