expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 15, 2016

Egypt Trip #4 || Jejak kaki ke Masjid dan Gereja Tertua @Cairo

Salam. Sambung dari Part 3 selepas melawat makam para solihin, kami menyambung perjalanan kami ke tengah kota Cairo, Mesir untuk melawat Masjid dan juga Gereja tertua di Mesir. Wah menarik bukan? Boleh ke visit masjid dan juga gereja? Jom tengok apa yang berlaku..

Alhamdulillah dapat jejak kaki ke Masjid tertua di Mesir iaitu Masjid Amr bin Ash. Amr bin Ash ini merupakan pahlawan zaman dahulu yang sangat bijak dan handal dalam mengalahkan musuh-musuh Islam semasa peperangan.

Sebagai meraikan kemenangan Islam menakluki Mesir maka Amr bin Ash membina masjid ini sekitar tahun 641-642 Masihi.

Masjid ini tersangatlah luas. Jika bulan Ramadhan waktu terawih sampai ke luar masjid orang hadir berjemaah!

Tiang-tiang masjid yang sangat kukuh sehingga kini.


Berada di sini membuatkan diri rasa bertuah dapat jejak kaki ke masjid ratusan tahun ini. Feeling dia lain sangat compare masuk ke masjid baru beberapa puluh tahun dibina. Aura keimanan mereka-mereka yang pernah beribadat di sini terasa mendamaikan. MasyaAllah...

Di luar pintu masjid..

Tak jauh dari Masjid Amr bin Ash, beberapa puluh meter sahaja terletak gereja tertua di Mesir. Jom kita ke sana pula!

Ternampak bendera Mesir, snap foto dulu. hehe

Inilah Mar Girgis, gereja tertua bukan sahaja di Mesir malah di dunia! Oh baru tahu, Kristian mula bertapak di Mesir rupanya. 

Pengunjung dibenarkan masuk ke gereja ni. Tapi terhad di kawasan halaman sahajalah. Terdapat lah kisah-kisah berkaitan agama Kristian dipaparkan melalui lukisan di dinding gereja.

Apa yang menariknya gereja ni adalah dari segi senibinanya. Bukan bermakna nak mengagumi agama lain tetapi keunikan budaya toleransi agama di Mesir membolehkan setiap orang memahami dan menghormati agama orang lain.  1st time saya dapat masuk ke gereja bukan untuk berbangga diri tapi baru saya tahu pebezaan agama itu sepatutnya dihormati. 

Masa kami sampai maybe salah seorang paderinya turun dari pintu utama gereja so ramailah pelancong (maybe beragama Kristian) mengerumuninya. Husband saya kata, sebagaimana kita kagum dengan ulama'-ulama' kita, mereka juga berperasaan sama seperti kita bila bertemu dengan orang kuat 'agama' mereka. Membuatkan saya lebih faham adab menghormati agama orang lain.

Kalau di Malaysia if jejak kaki ke gereja confirm dah kena cop sesat, murtad dan sebagainya. Rasism berleluasa di Malaysia. (hope dijauhkan) Tapi di sini amalan menghormati agama orang lain sangat kuat. Mungkin ada yang kata maybe sini amalkan mazhab berbeza/penganut syiah dan sebagainya. Bagi saya Islam itu satu, kalau iman kita kuat di dada tiada apa yang boleh menggugat agama dan akidah kita. 



Best dapat pengalaman berharga di sini. Plus secara tak langsung memahami adab dan budaya bangsa lain yang takde di Malaysia. Tq Allah bagi peluang ini!=)

Ok next sambung entry Part 5 kami bershopping pula!


Misya : Islam bukan pada nama sahaja.





10 comments :

Munirah Mustafar said... Reply To This Comment

cantiknya tempat tu

ubai ismail said... Reply To This Comment

bestkan jalan-jalan kat mesir :)

Asha Lya said... Reply To This Comment

X smua dpt rasa pglmn tu..tahniah aimi dpt jejak smpai ke mesir

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Munirah Mustafar Memang cantik dear. Hope awak pun boleh ke sini satu hari nanti.=)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@ubai ismail Alhamdulillah mmg seronok jalan2 kat sini walaupun tak semaju negara lain.:)

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Asha Lya Alhamdulillah tq.. Asha pun pasti boleh dapat pengalaman sebegini juga one day nanti.:)

Cik Yaya said... Reply To This Comment

salam cik aimi...

wahh beshnyer leh g jnjalan

intan nasir said... Reply To This Comment

Sonoknye aimi jejalan... Happy Holiday Aimi...

Mia Liana said... Reply To This Comment

wahhhh... seronoknya...

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #22. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/01/senarai-url-blog-22.html

pemenang diumumkan kat http://www.mialiana.com/2016/02/pemenang-bertuah-url-blog-22.html

Cik Itah said... Reply To This Comment

bestnya jalan jalan..cantik tempat tu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...