expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, February 22, 2016

Ola Bola, filem terbaik Malaysia setakat ini!

Salam. Dah tengok filem Ola Bola? Kalau belum, cepat-cepat pergi tengok! Kalau tak nanti menyesal... hehe. Saya mula-mula tengok iklan masa awal filem ni nak ditayangkan, terus macam wow, this is the Malaysian movie that I want to watch at cinema! Berhari-hari, akhirnya my husband set 1 hari untuk kami dating tengok wayang. Marathon tengok Ola Bola dan Dilwale. Ahakss.. Tapi entry ni nak story tentang keterujaan saya tonton Ola Bola.

Even pelakon-pelakon yang terlibat saya tak kenal malah tak popular pun tapi don't know why saya nak juga tengok filem ni. Sebelum ni filem Melayu especially even pelakonnya sangat popular tapi tak terlintas nak gi tengok kat wayang. Even main kat TV time raya pun tak tertengok. hehe.

Best beli Milo Ais dapat free beg uncang Ola Bola. Filem ni mengingatkan generasi lama dan memberitahu generasi kini bahawa Malaysia pernah ada 1 team bola yang sangat digeruni di rantau Asia. If siapa tahu tentang lagenda bola sepak Super Mokh mesti lebih faham filem ni. Cuma watak-watak dalam filem ni tak guna nama sebenar pemain-pemain lagenda. Maybe untuk elak keluarga/waris player-player claim pape. Huhu. Tapi at least saya sebagai generasi kini rasa bangga bahawa Malaysia pernah ada player-player bola yang sangat hebat!

Orait, siapa belum tonton silalah tonton Ola Bola. Sedikit sebanyak beri suntikan motivasi dalam diri. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari dalam movie ni. Saya salute pelakon-pelakon dalam filem ni. Yang paling best semangat perpaduan pelbagai kaum di Malaysia sangat tebal disuntik dalam filem ni. Walaupun ianya takdelah sehebat filem Shaolin Soccer tapi seriously saya sangat proud bila tonton Ola Bola! Tahniah produser, pengarah, pelakon dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem ni. 


Misya : Malaysia jarang hasilkan filem berkualiti.

6 comments :

luqman zakaria said... Reply To This Comment

ramai yang suka filem ini..belum lagi tengok..huuhu

Keladi Ubi said... Reply To This Comment

betul tu...filem ola bola memang terbaik, mula-mula macam tak best je, rugi rasa beli tiket, tapi bila dah tengok, hemmmm nak tegok lagi rasanya....hihihi

Munirah Mustafar said... Reply To This Comment

saya memang enjoy tengok filem Ola Bola ni...seronok!!!

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@luqman zakaria gogogogogo luqman! hehe jgn lupa pi tengok..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Keladi Ubi Kan? Nak tengok lagi tapi takde masa pula.

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Munirah Mustafar Yeahhh golgolgolgolgolgolgol....!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...