expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 19, 2016

Beli globe sebab jahil!

Salam. Anda tahu tak kedudukan negara-negara dalam dunia ni? Ahha jangan risau kalau tak tahu sebab saya pun actually jahil pasal benda ni. hahaha. TAPI yang membuatkan saya sedar untuk ambil tahu pasal ni bila setiap kali saya nak fly ke oversea mesti saya tanya husband negara ni kat mana, negara tu kat mana, negara tu atas ke bawah. Pastu dalam flight teruja tengok kat skrin laluan kapal terbang tu merentasi negara apa. Sekali husband tanya balik, sayang memang tak tahu ek kedudukan negara-negara dalam dunia ni? Erk! Hahaha baru terasa macam KENA AMBIL TAHU. 

Finally saya dapat idea nak beli globe! Puas gak cari globe ni merata tempat. Susah rupanya nak dapat globe ni. Last-last terjumpa kat kedai souvenir @Alamanda Putrajaya. Itupun tinggal 1 jek! Nasib baik...

Betapa terujanya saya bila dapat beli globe. Tak sabar nak belajar kat mana benua-benua atas bumi ni terletak. Sebab saya baru tahu negara Rusia tu dekat dengan China! OMG jahilnya saya... huhu. Actually macam-macam info boleh dapat dari globe ni. Tentang ukuran sebenar bumi, suhu, musim, jarak dan sebagainya. Macam belajar geografi balik. hehe.

Takdelah besar mana globe ni tapi oklah boleh nampak kat mana negara-negara yang penting. Bila saya explore globe ni membuatkan saya teruja nak melancong ke seluruh dunia. Di usia saya nak cecah 3 series ni Alhamdulillah saya dah jejak hampir 10 buah negara. Seronok if dapat ke luar negara ni sebab boleh belajar macam-macam tentang budaya yang berbeza. Membuatkan fikiran kita lebih terbuka dan luas. Kalau ada rezeki lebih tak salah melihat negara orang. :)


Misya : Mengagumi kebesaran Allah swt.

1 comment :

nurerna hazwani said... Reply To This Comment

Samalah saya. Mana pernah tahu kedudukan negara2 lain.

Jemputan ke segmen kita. 》》
http://alongwawaerna.blogspot.my/2016/03/segmen-bloglist-walking-april-mei-2016.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...