expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 15, 2016

Cesar Millan ajar saya tak takut dengan anjing?

Salam. Siapa biasa tengok channel Nat Geo People saluran Astro 725? Saya ni kalau takde movie best atau rancangan best, mesti saya akan buka channel 725 ni. Especially bila ada rancangan Cesar to The Rescue. Apa yang bestnya tentang rancangan ni? 

Sebab ia berkenaan seorang lelaki hebat bernama Cesar Millan dari Mexico yang mempunyai kepakaran menjinakkan semua spesis anjing! Dengar macam biasa je kan tapi seriously Cesar ni sangatlah hebat. Secara tak langsung saya pun belajar camne nak berhadapan dengan anjing liar di luar sana. Sebab sebelum ni saya seorang yang sangat penakut dengan anjing. Macam nampak hantu mesti nak lari! Walhal anjing tu takde wat pape pun. haha.. Bukan apa sejak dari kecil dimomokkan anjing ni ganas dan mengigit manusia.

Cesar menceritakan bagaimana beliau menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan anjing yang dipelihara oleh sesiapa saja. Ada anjing yang ganas, ada yang terlampau peramah, ada yang suka kacau anjing lain, ada yang suka buat benda-benda pelik atau mencuri makanan tuannya. Anjing ni pun rupanya ada macam-macam masalah. So Cesar bertindak sebagai dog trainer yang membantu tuan anjing yang bermasalah ini.

Dan yang paling menarik, nak bela anjing ni bukan macam bela ikan atau ayam itik. Anjing ni perlukan leadership yang bagus dari tuannya. Seriously baru saya tahu kenapa anjing tak takut dengan manusia sebab manusia tu tak tunjukkan leadership dan keyakinan diri yang bagus terhadapnya. If tuan anjing takde leadership dats why anjing-anjing ni naik lemak dan bertindak agresif. Hebatnya Cesar ni, dengan hanya sentuhan tangan dia je, anjing yang agresif terus jadi jinak! Seolah-olah anjing tu faham apa yang Cesar nak.

Antara teknik yang Cesar tunjukkan semasa melaksanakan pemulihan anjing. Taktahu la Cesar ni kaya mana tapi dia ada ladang yang besar menempatkan Pusat Pemulihan Anjing yang sangat luas. Dekat Singapore dan Hong Kong pun dia ada pusat ni. So kalau anda ada kawan non-Muslim yang bermasalah dengan anjing dorang, bolehlah tonton rancangan Cesar to The Rescue. Waktu tayangannya berubah-ubah. Di channel National Geographic pun ada.


Misya : Dah tak takut anjing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...