expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 23, 2016

Egypt Trip #6 || Kenangan pahit manis @Mansoura

Salam. Destinasi seterusnya selepas melawat bandar Cairo, Mesir dalam entry Part 5, kami menyambung pengembaraan ke Al Mansoura, tempat adik ipar saya belajar untuk meraikan konvokesyen beliau. Perjalanan mengambil masa agak lama sebab Mansoura ni jauh dari bandar Cairo. Kira agak hulu juga yang mana kami tak tahu pun keadaan Mansoura tu camne pada awalnya. huhu. Tapi takpe banyak pengalaman berharga kami dapat di Mansoura.

Berbeza dengan bandar-bandar lain di dunia, Mansoura ni agak sibuk especially siang hari. Bangunan rapat-rapat, jalanraya penuh debu dan lumpur, kereta bersimpang-siur dengan bunyi hon sana-sini tanpa henti. Seriously kalau tak biasa memang akan jadi kejutan budaya!

Sepanjang perjalanan ke Mansoura melalui lebuhraya kelihatan kami merentasi padang pasir. Udara yang berdebu sukar nak snap gambar dengan jelas.  Jalanraya pula berlubang-lubang walaupun ianya lebuhraya bertol. Sakit jiwa juga duk dalam van bila terlanggar lopak air atau lubang.

Ini adalah homestay yang kami sewa. Maaf kalau nampak berselerak. Actually kami sampai sini waktu malam. Ada pengalaman kurang best masa mula-mula sampai ke sini. Adik ipar dah bayar booking untuk sewa salah sebuah homestay di sini di tingkat paling bawah (untuk memudahkan pergerakan atok nenek kami yang uzur dan tak larat nak panjat tangga tinggi). TAPI sampai-sampai je, tuan homestay bagitahu ada orang lain sewa rumah tersebut dan diberinya kami homestay tingkat 4! Ya Allah masa tu Tuhan je tahu perasaan kami. Marah, sedih, kecewa tapi kesian pula kat adik ipar masa tu. Bertengkar kami dengan Pak Arab owner rumah tersebut. Husband saya cuba mencari hotel berhampiran sebagai ganti tapi malangnya semua full. Yang ada pun rate sangat mahal. Nak taknak terpaksa juga memanjat tangga angkut semua barang naik tingkat 4. Paling kesian atok dan nenek masa tu.:( Pengajaran : Attitude orang Arab memang problem, they can't keep their promise especially to Asean people like us.) 

Rumah ni complete dengan dapur, peti ais dan lain-lain. Sesuai lah bawa family yang ramai tinggal tapi tahap kebersihan kurang memuaskan. Bagi saya biarlah tak mewah, tak cantik tapi kebersihan mesti No. 1.  

Bilik air besar, ada mesin basuh tapi yang tak bestnya water heater nya ada problem. OMG dengan cuaca sejuk memang mandi ala P.Ramlee jela.. huhu.


Bilik tidurnya asal takde pun selimut tebal-tebal tu. Inisiatif adik ipar balik ke rumah sewanya yang berhampiran bawakan selimut tebal-tebal ni. 1st night kami sampai serius kami tidur menggigil kesejukan. Heater pun takde! Husband saya masa tu dah naik bengang terpaksa tido kat sofa depan and memang berazam nak cari hotel untuk kami bermalam. Mahal pun mahal la janji selesa sebab nak stay di Mansoura makan masa beberapa hari.

Kak Long menceriakan kami dengan memasak makanan untuk kami. Yang best kat sini part makan tak perlu risau. Makanan halal berlambak-lambak dijual termasuk bahan mentah. Plus jangan lupa beli Shawarma kat sini. Perghhhhhh serius sedap giler!! huhu..

Sepanjang kat Mansoura ni pengangkutan utama kami adalah teksi. 1 lagi pengalaman pahit di sini di mana orang-orang di Mansoura ni tak pandai berbahasa Inggeris langsung. Ya Allah memang rasa macam anjing dengan kucing je nak communicate. Even bahasa Arab dorang gunakan pun sangat berbeza dengan yang kita belajar masa sekolah agama dulu. Nasib baiklah adik ipar tolong ajar sikit beberapa perkataan untuk memudahkan kami communicate dengan orang sini. Seriously perkataan 'university' pun dorang tak tahu! OMG...

Ok lagi 1 experience yang takkan kami lupa kat sini. Bayangkan tengah-tengah bandar Mansoura ni waktu siang memang jalanrayanya sesak ya amat. Dah tak tahu mana lane jalan, mana trafik light. Tak tahu la tiba-tiba driver teksi kami ni bergaduh mulut dengan driver van kat sebelah dia. Menjerit-jerit dalam bahasa dia pastu TIBA-TIBA dia boleh stopkan teksi dia brek mengejut kat tengah-tengah kesesakan tu nak turun and bergaduh dengan driver van tu! Ya Allah kecut perut kami dalam teksi masa tu. Nasib baik ada hamba Allah mana entah datang tenangkan keadaan then driver ni beredar dari situ. Lepas tu dia drive teksi laju giler macam pelesit! Serius rasanya muka kami memang pucat giler dah masa tu. Husband malas nak cari pasal sebab orang Arab ni dia punya baran sanggup buat apa saja. Adoi serius takut giler masa ni!

Beginilah sesaknya keadaan bandar Mansoura ni. Dari segi sivik memang failed. Suka-suka hati stop kan kereta tepi jalan, bunyi hon non-stop start lepas Subuh sampailah tengah malam, kebersihan kurang diamalkan dan lain-lain. Suasananya tak tumpah macam berada di Malaysia zaman 50an-70an yang jauh dari arus kemajuan. Tapi saya salute la student-student Malaysia terutama adik ipar saya bertahan selama 6 tahun study di sini. Memang tabik spring kat dorang!

Walaupun diduga dengan macam-macam benda tak best tapi kami tetap rasa happy sebab tak pernah datang ke tempat camni. Pengalaman pahit dan manis yang takkan kami lupakan. Husband tanya, nak datang sini lagi tak? Hehehe masing-masing tersenyum kambing.:p Cuma husband kata sini maybe better banding pergi negara bukan Islam macam India. Plus muka bumi di sini dikelilingi padang pasir dan attitude orang Arab tu sendiri yang menyukarkan kemajuan.

Ok next saya story event konvokesyen adik ipar saya di University Al Mansoura dalam Part 7.


Misya : Sebab tu Nabi-Nabi banyak berada di negara Arab.


5 comments :

Nurfaezah Abdullah said... Reply To This Comment

tak sanggup saya pegi tempat macam tu. boleh naik angin dibuatnya haha.

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Nurfaezah Abdullah haha kan? Tawakal jela masa kami di sini sebab fikir Mesir ni bumi Para Anbia. Patutlah dugaan Nabi-nabi kat sini sangat kuat.

Vix alexa said... Reply To This Comment

Best nyer, jadi nak kesana :)

Download film free

mfaeizz said... Reply To This Comment

salam sis...saya plan nak pergi mansoura... bole saya dapatkan no atau contact sis utk maklumat lanjut....

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@mfaeizz Waalaikumsalam. Boleh tapi actually yang guide kami di sana adalah adik ipar saya. Dia belajar di Universiti Mansoura. Maybe saya boleh pass kepada dia untuk info lanjut. Boleh wasap saya di 016-9561764

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...