expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, March 20, 2016

Green Hotel, Sabak Bernam || Apa pendapat saya?

Salam. Ada sesiapa mencari hotel untuk menginap di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor? Saya suggest anda menginap di Green Hotel area pekan Sungai Besar. Kalau sesiapa tahu area ni dahulu terkenal dengan kedai-kedai menjual kain ela. Kebetulan saya outstation ke area sana atas tugasan audit kilang makanan di Sabak Bernam so Green Hotel jadi pilihan untuk menginap. Jom tengok apa yang disediakan oleh hotel ini. Ratenya pun sangat murah. 

Saya pilih bilik sebuah katil Queen. Masuk je hotel ni semuanya kelihatan baru. Maybe hotel ni baru je siap. Kebersihan tip top.


Bilik airnya besar juga. Bersih dan selesa.

Syampu dan shower gel disediakan dalam cara camni. So takleh lah nak rembat syampu/sabun hotel. haha.. 

Ada jug dan cawan disediakan tetapi tiada water heater. So camne nak buat air panas?

Don't worry kat luar bilik ada disediakan air panas. Bolehlah nak tadah dalam jug dan bawa masuk bilik.

Nak iron baju, kena keluar bilik. Tak perlu request dari kaunter/housekeeping.


Yang penting ada TV. Hehe.. Takdelah bosan almaklum outstation atas urusan kerja membosankan kadang-kadang.

Tiada almari disediakan. But ada penyangkut baju, hanger dan tuala untuk kegunaan anda.

Ginilah rupa hotelnya dari luar. Dah nama pun Green Hotel, so bangunan pun cat warna hijau. hehe.. Rate bilik sini around RM70-RM120 camtu depends pada jenis bilik. Bilik family pun ada. Tapi takde breakfast sebab hotel ni kira macam hotel bajet jugalah. Tapi jangan risau, area hotel ni banyak kedai makan. Secret Recipe betul-betul kat belakang hotel ni. huhu. Bank pun ada berhampiran hotel ni. Kira tak risau lah if anda kebetulan stay sini sorang-sorang.

Yang paling best banyak butik pakaian, salon dan spa! Murah plak tu harga kat sini banding KL. Apa lagi memang heaven la saya shopping dan memanjakan diri berurut di spa. hehe..

Info lanjut tentang hotel ni boleh visit http://www.greenhotel.my/


Misya : Mak saya tak hijau.

1 comment :

nurerna hazwani said... Reply To This Comment

Tengok dr gambar mmg nampak baru.

Jemputan ke segmen kita. 》》
http://alongwawaerna.blogspot.my/2016/03/segmen-bloglist-walking-april-mei-2016.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...