expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 19, 2016

Kenangan Rombongan Haji || Antara air mata kesedihan dan kegembiraan...

Salam. Oopss jangan salah faham. Bukan saya yang pergi Haji, tapi ibu saudara saya iaitu Mak Andak. Kisah ni dah 2 tahun berlalu if tak silap. 2nd time menghantar saudara rapat mengerjakan Haji d Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Entah kenapa saya sangat teruja walaupun bukan saya yang nak pergi. Setakat menghantar pun dah feeling lain macam. Semangat nak ke Makkah satu hari nanti semakin kuat. Amin.. 

Ada macam gadis Palestin tak? [perasan] Kat area kompleks ni ada jual macam-macam termasuk mafela Palestin ni. Kebetulan tahun Mak Andak saya pergi ni ada krisis di Gaza, Palestin. So banyak produk tanda support Gaza dijual termasuk mafela saya pakai ni.

Inilah mak andak saya. Beruntungnya beliau di waktu masih muda dah berpeluang menunaikan ibadah Haji. Sebelum ni beliau pernah pergi umrah. Banyak kali saya dengar beliau rindu suasana di Mekah and finally panggilan Haji memilih beliau sebagais alah seorang jemaah pada tahun tersebut.

Yang paling best kali ni adik-beradik ayah saya semua hadir. Meriah rasa macam reunion family.

With all my cousins. 


My family with Mak Andak.


All aunties and cousins.

See... meriah tak? Yang dari Seremban, Rawang, Bukit Beruntung semua datang untuk menghantar pemergian Mak Andak ke tanah suci Makkah.

Ok dah tiba masa nak berangkat. Orang ramai sudah mula mengerumuni pintu masuk untuk pelepasan jemaah. Tetiba rasa sedih menyelubungi kami semua.

Ok part inilah yang paling sebak. Berjujuran air mata kami bersalaman dengan Mak Andak. Mohon mendoakan kami di sini dan semoga Mak Andak selamat sampai dan kembali ke tanahair. Semua tahu pergi Haji ni ibarat antara hidup dan mati. Nak bertemu dengan Allah. Jika panjang umur, dapat bertemu kembali. ;(

Ramai sangat-sangat masa ni sampai tercari-cari mana Mak Andak kami.

Di celah-celah orang ramai nampak juga Mak Andak di pintu masuk.

Senyuman terakhir buat kami sebelum berangkat ke tanah suci Makkah. Masa ni antara perasaan sedih dan gembira bercampur baur dalam jiwa saya. Sedih sebab kena berpisah jap dengan Mak Andak untuk beberapa minggu. Sebab kami ni antara makcik-makcik memang rapat. Gembira sebab Mak Andak antara yang bertuah dapat menunaikan Haji dan bakal bergelar Hajah. Dan yang tak sangka mak andak saya ni dulu orangnya sangat garang dengan anak-anak buahnya. Tapi garang-garang beliau ada sebabnya but now beliau antara makcik yang sporting!


Mak Andak with Pak Andak.. Untuk pengetahuan Mak Andak dah pun selamat kembali ke tanahair dan kini bergelar Hajah. Syukur Alhamdulillah. Hope 1 hari nanti saya dan family dapat ke sana juga. Amin..=)


Ramai tanya bila saya nak ke sana? InsyaAllah kalau diizinkan saya ke sana, saya pasti ke sana. Husband pernah pesan, pergi Makkah bukan sekadar untuk orang ada duit tapi pengisian diri tu paling penting. Apa guna pergi sana, tapi hati kosong? Saya tanya balik, bukan nanti kat sana kita beribadat betul-betul pasti jiwa kita akan terisi. Husband senyum sambil jawab, ada pemimpin yang kaya raya pergi sana berpuluh kali tapi balik masih rompak duit rakyat. Sia-sia. So pergi sana biarlah at least diri 'bersih' dan bersedia. Tak 100% pun tapi jangan sampai kosong. Oh baru saya faham. InsyaAllah i will improve myself sebelum persembahkan diri kepada Yang Maha Esa di sana.:)


Misya :  Mencari cahaya Ilahi.



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...