expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, March 15, 2016

Restoran Tomyam Kung, Presint Diplomatik membuakkan selera!

Salam.. Fuh tengahari waktu lunch ni mulalah idea nak update entry pasal makanan berlegar-legar di otak. hehe. Ahha untuk penggemar masakan Thai such as Tomyam, if di area Putrajaya ni bolehlah try Restoran Thai Tomyam Kung di Presint Diplomatik. Last month saya dan suami saja la singgah sebab takde idea nak makan kat mana. Nak tahu juga rasa masakan di sini camne. Sebab bila lalu bese ramai juga orang datang singgah makan.

Menu wajib mestilah tomyam! Hirupan pertama je wow slurrpppppp! Memang pure punya tomyam lah rasa dia. Ada macam-macam jenis tomyam kat sini tapi tak ingat yang saya order ni apa namanya. hehe tak kisahlah asalkan tomyam. Wakaka..

Tomyam dia dihidang panas-panas gini memang membuatkan selera membuak-buak seiring pembuakan tomyam yang tengah mendidih dalam pot ni. Heh.

Then try tambah lauk sampingan seperti isi ikan masak merah ni. Not bad but taste dia manis-manis masam gitu. 

Oh jangan lupa kami kalau makan tomyam mesti disertai dengan telur dadar. Tapi yang uniknya telur dadar di sini tak seperti biasa. Physically tekstur dia macam jaring. Nak kata macam kerak, bukan sebab lembut je telurnya. Entahlah susah nak explain tapi memang unik and uols should try this. 

Dah makan mesti kena ada aiar kalau tak mahu tercekik. Bandung soda dan tembikai pilihan kami.

Rate kami nak bagi 4/5 bintang. nape tak 5 bintang? Hehe sebab ada tomyam lagi power dari sini. Kat mana? Tu rahsia...;) Tapi overall kami puas hati makan di sini. Deco dia sangat nice macam di luar negara. Tenang je rasa sambil menikmati tomyam yang lazat. 

Waktu operasi : 10 pagi - 10 malam.
No. Tel : +60 3-8861 3203


Misya : Masakan terbaik jika sedap tanpa Ajinomoto.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...