expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, March 21, 2016

Tahniah Shahrol Shiro, Jihan Muse & Syamim Farid!

Salam. Wah ramai sungguh artis dan selebriti yang mendirikan rumahtangga weekend baru-baru ni. Tahniah buat mereka. Antaranya pelawak terkenal Malaysia Shahrol Shiro, Jihan Muse dan pengacara GoShop (pemenang Dewi Remaja 2015/2016) Syamim Farid. Maybe ada lagi artis yang kahwin tapi rasanya ini je yang saya nampak di media sosial. 

Majlis pernikahan Jihan Muse dengan Ungku Haris pada 20 Mac 2016 penuh meriah dengan gelagat pengantin yang sangat sporting. Almaklum Jihan pelawak wanita terkenal. Tapi yang bestnya suami Jihan walaupun bergelar Ungku pun nampak happening dan tak kisah dengan gelagat Jihan plus dia pun sama-sama jadi 'gila' macam Jihan. memang sepadan la dorang. 

Tahniah Jihan dan Ungku! Saya salute dengan Jihan ni. Ramai girls kat luar umur muda baru nak kenal hidup dah meroyan-royan nak cari suami. Ada yang sanggup ketepikan maruah diri dan keluarga semata-semata nak kahwin. Pelik! Tapi Jihan relaks je and finally dapat jodoh siap kerabat Diraja lagi. Umur bukan penghalang. Yang penting dapat jodoh yang baik. 


Seterusnya lagi salah seorang pelawak terkenal iaitu Shahrol Shiro dan Nor Farhanan. Masa mula-mula Shahrol perkenalkan bakal isterinya, ramai yang kagum sebab Shahrol pilih gadis biasa saja jadi suri hatinya. Manis dan sopan je isteri Shahrol. Camnelah dia tahan dengan lawak-lawak Shahrol agaknya. hehe

Tahniah Shahrol dan Nor Farhanan! Tak berebut tarikh dengan Jihan ke masa nak kahwin ni? hehe sebab uols kan di pentas lawak yang sama. huhu

Tak sangka saya Syamim Farid, pengacara Go Shop (TV channel kegemaran saya) dah kahwin juga! Mungkin ramai yang tak kenal Syamim ni tapi beliau antara barisan pemenang Dewi Remaja sebaris Raysha Senrose. 

Tahniah Syamim dan Tengku Ezrique atas mahligai yang terbina. Huhu kahwin dengan kerabat juga tuuu..=)


Ok, mari kita sama-sama mendoakan kebahagian mereka hingga ke syurga. Cepat-cepat dapat baby! hehe.. Buat rakan-rakan blogger juga kalau ada yang mendirikan masjid juga, tahniah saya ucapkan. Moga bahagia selamanya..^_^


Misya :  Perkahwinan sekali seumur hidup, biarlah dapat yang terbaik untuk diri, keluarga dan orang keliling.

1 comment :

PeRdU cINta said... Reply To This Comment

alhamdulillah..tahniah untuk mereka semua..moga jannah destinasi terakhir mereka :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...