expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 11, 2016

Banglo Koswip Port Dickson || Apa pendapat saya?

Salam semua. Haa siapa family dia suka wat gathering atau family day, bolehlah try sewa banglo milik Koperasi Koswip di Port Dickson N9 ni. Camne saya leh tahu tentang banglo ni? Last year around September, family saya di bawah Legasi Haji Dawan (arwah atok saya) organized 1 family gathering. So adik beradik ayah saya dan semua sepupu-sepapat saya berkumpul di sini. Apa lagi, memang havoc la kan! hehe. But in this entry bukan nak story pasal gathering tu. Panjang cite nya nanti. Tunggu next entry. Just nak share pengalaman saya dan family di sini.

Inilah rupa banglo nya. Design lama tapi sangat-sangat selesa sebab besar dan luas luar dan dalam.


 Ada 2 ruang tamu rumah ni. Memang selesa nak bermesyuarat keluarga ke apa kan. Don't worry, kipas ada, aircond pun ada. TV pun ada tapi channel nya tak berapa ok sebab banyak gangguan siaran dan tak clear. Hope pemilik boleh upgrade tentang ni.


Ruang tamu utama lebih besar. Waktu malam boleh karaoke kat sini. Tapi kena bawalah set karaoke nya. huhu

2 tingkat banglo ada 3 bilik tidur yang besar. So if datang ramai-ramai bawak je toto. Kebersihan pun tip top.

Dapur pun luas! Kami kat sini 3 hari 2 malam merewang je. Puas makan masak sendiri. Complete dapur gas siap gas, peti ais, pinggan mangkuk dan bekas-bekas makanan. Tapi boleh je nak bawa extra. Pakai pinggan kertas lagi senang. hehe terus buang.

Antara bilik tidur kat sini. See luas kan? Semua bilik ada aircond. 

Satu lagi bilik. Memang selesa untuk stay beberapa malam.

Toilet nya pun luas dan bersih. Cuma kalau boleh pemilik sediakan tisu tandas.

Overall saya dan family puas hati dengan banglo ni.

Halamannya sangat luas! Boleh parking 5-6 biji kereta. Kami gunakan halaman ni untuk aktiviti senam robik, zumba dan games. Memang best!

Orait camne nak booking? Kena visit website INI atau call je 03-22735422  Samb : 215 En. Shukor. Rate? RM200 untuk ahli Koswip, RM500 bukan ahli. Biasanya ahli Koswip ni orang-orang yang keje gomen. Kebetulan pakcik saya keje gomen so beliau tolong kami book kan banglo ni. Apa-apa pun memang puas hati la banglo ni. =)


Misya : Family first.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...