Cafe Bowling Alamanda, sedap tapi kebersihan mengecewakan..

Salam. Nak share dengan uols tempat makan yang boleh dikatakan sedap. Kebetulan lepas photoshoot dengan butik Farlyn, owner butik ajak makan ke tempat ni. Cafeteria Power Bowl, Alamanda Putrajaya. Kalau siapa suka main bowling kat sini mungkin pernah makan sini. Yang saya ni bertahun duk Putrajaya, baru 1st time makan sini. Tq Shazlinda belanja makan kat sini. Lets view!

Set nasi goreng kampung dengan  minuman. RM12.00 if tak silap. Oops dah makan half tembikai tu baru teringat nak ambil gambar. Hehe.

Rasa dia? Erm sedap! Kebetulan memang perut dah berkeroncong bagi apa je memang sedap. Tapi memang sedap pun. Hehe.

Beginilah keadaan cafe ni. Agak luas dan selesa. Tapi 2nd time saya ke sini dengan husband agak mendukacitakan tahap kebersihan di sini. Meja tak dilap dengan bersih, pinggan mangkuk masih tak berangkat walaupun dah lama customer beredar, lantai kotor. Memang agak frust sebab nak introduce kat husband tempat ni. Tak sepatutnya tempat makan dalam shopping mall yang terkenal tak maintain kebersihannya. ;( [Maaflah sebab orang kerja dalam food safety & quality ni memang cerewet sikit memilih tempat makan] Hope owner cafe dapat perbaiki perkara ni. Walaupun pelanggan ramai, tapi masa saya datang tu hanya 2-3 meja je ada pelanggan. Sebab nanti kalau pegawai saya datang cek tempat ni boleh kena kompaun.

Apa-apa pun thanks to this team belanja makan. Masa saya datang ni ok je nampak bersih je semua. Plus dah lapar sangat makan je time tu. Huhu. Mana tahu dengan komen saya ni kot pihak cafe dapat perbaiki lagi mana yang kurang. Makanan dah sedap, sayang if tak maintain part kebersihan premis.


Misya : Premis bersih jadi keutamaan.

Comments

  1. Selalu g alamanda tp x pernah masuk sini.. hihih. Tapi bab kebersihan bukan perkara yg remeh, Kalau aina pun cerewet. =D

    ReplyDelete
  2. Ishh.. ada dalam shopping mall tak jaga kebersihan?? kebersihan tulah yang paling penting.. lagi2 tempat makan kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts