expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, April 11, 2016

Egypt Trip #7 || Graduate from Mansoura University

Salam. Orait, sambung dari Part 6, akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Majlis Konvo adik ipar saya di Mansoura University. Masuk je kampus Mansoura U ni, terasa macam zaman jadi student dulu. Agak besar U ni thats why ramai pelajar Malaysia datang belajar sini especially bidang medic.

Di ruangan pendaftaran sebelum masuk ke dewan utama. Ada macam minah Arab tak? Haha.. Bestnya kat sini disebabkan sejuk, takde hal nak pakai baju tebal dan tudung labuh camne pun. 1st time saya pakai skirt dan blouse di luar negara time winter gini! Hehehe..

Kami sampai agak awal. So organizer masih tengah buat persiapan. Sempoi je majlisnya sebab ianya special untuk student-student Malaysia. Konvo sebenar lambat lagi tapi disebabkan ada student nak balik ke tanahair lebih awal (6 tahun kot duk sana), so atas inisiatif junior dan senior di sini anjurkan konvo ni.

Dapat tempat duduk best sebab sampai awal. Hehe..


Agenda majlis...

Pashmina baru beli dari Turki.. Syok dapat pakai sebab time ni winter. Kat Malaysia rasanya sekali setahun pun lum tentu saya pakai pashmina sebab panas. Biasa jadi macam pemanas badan je bila duk dalam aircond yang sangat sejuk.

Bacaan ikrar oleh para pelajar yang diraikan.

Yeayy dari jauh nampak adik ipar saya sedang berjalan atas stage ambil skrol ijazah kedoktorannya. Proud of u my sis!

Apa yang menarik budaya di sini, tak seperti di Malaysia majlis konvonya sempoi, tak memerlukan protokol ketat. Kat sini siap student bersorak, berpelukan dengan lecturer yang menyampaikan skrol, beri tepukan dan menyanyi beramai-ramai. Kat Malaysia confirm kena bash! hehe..

Alhamdulillah selesai majlis konvo adik ipar saya. Semua happy dan ada di kalangan student dari negara lain menyanyi dan menari sakan sambut kejayaan rakan dan family masing-masing. Yang paling saya suka ada sorang tak silap saya student dari Palestin pun konvo juga. Memang mendapat tepukan gemuruh dari audien. Hidup Palestin!

Congratulations Wieda! Dah setahun konvo baru sempat Kak Syira update entri ni. Hope jadi kenangan one day in the future.


Honestly saya rasa tenang lepas habis majlis ni. Terasa keberkatan student-student di sini menuntut ilmu dengan kepayahan keadaan dan suasana di tempat ini. Saya sendiri pun tak mampu nak bertahan stay untuk study di sini rasanya. huhu


Posing sat..


Buat Wieda, all the best in your life! Moga berjaya dalam karier sebagai doktor di tanahair. We proud of u, dik! =)


Misya : Tak takut jarum.



No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...