expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, April 12, 2016

Egypt Trip #8 || Final day @Mansoura, perasaan bercampur-baur!

Salam. Alhamdulillah sampai juga part terakhir entry saya travel ke Mesir. Selepas menghadiri majlis konvo adik ipar di Mansoura University (entry penuh di SINI) sudah tiba masa hari-hari terakhir kami di sini. Macam-macam perasaan timbul. Sedih, kecewa, happy, bercampur-baur. Sedih sebab nak meninggalkan 1 lagi negara yang saya lawati. Kecewa sebab banyak benda tak best berlaku semasa di sini tapi ianya dijadikan sebagai kenangan. Happy sebab tak sabar nak balik Malaysia! hehe.. Serius terlampau rindu dengan makanan Malaysia. 2 minggu kot dok luar negara. Memang kemaruk la kan. hehe..

Posing sat di area homestay. Rumah di sini rapat-rapat antara blok. Jalannya sempit, dan agak kotor. Tapi nak wat camne, dah memang begini keadaan di sini. 

Gambar kenangan dengan pekerja yang menjaga homestay ni. 1st day sampai rasa nak marah je dia ni sebab sepatah haram pun tak faham English. Serius communication sangat susah di sini. Tapi hari last ni redha jela. huhu.

Mentang-mentang dapat jaket kulit baru, tu yang posing macam retis husband ku ini. hehe

Sesungguhnya saya bakal merindui cuaca sejuk di sini. Bila lagi boleh melaram pakai winter attire rite? hahaha.. 

Tapi sebelum balik, adik ipar sempat bawa saya dan husband makan di kedai masakan Melayu milik orang Indonesia. Kecil sahaja kedai ni tapi memang student Melayu banyak singgah di sini.

Terubat hati dapat makan nasi goreng kampung. Cuma style Indonesia. Tak kisahlah janji kenyang.

Muka happy dapat makan nasi goreng kampung. Ahaks..

Selesai urusan di Mansoura, kami meneruskan perjalanan pulang ke Cairo untuk ke airport.
  
Tak sabarnya nak pulang ke tanahair masa ni. Benda pertama saya nak makan bila sampai sana adalah nasi lemak! Sebab memang masa dan jarak perjalanan kami akan menyebabkan kami sampai di Malaysia awal pagi.

Menaiki pesawat Qatar Airways memang tak mengecewakan dari segi makanan. Memang kenyang habis! Servis tiptop! Ready meneruskan perjalanan melawan masa...

Alhamdulillah dah sampai KLIA. Wajah kegembiraan dan kepenatan. Jet lag mula menguasai diri sebab di Cairo lewat 6 jam. Tiba balik sini dah jadi awal 6 jam. Alamak pening! Tingtong..@_@


Apa-apa pun saya happy dapat travel lebih 2 minggu ke Turki dan Mesir. Perjalanan yang penuh suka-duka tapi banyak beri pengalaman manis dan pahit. Alhamdulillah dapat tambah koleksi negara yang saya pernah kunjungi. Next plan? Tunggu.... Assalamualaikum..


Misya : Tak serik alami musim sejuk.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...