Saidina || Game legend untuk family

Salam. Siapa pernah main games ni? Ahha ni la namanya Saidina. Ala-ala permainan Monopoly versi Malaysia. Lejen tau game ni since saya sekolah rendah dah ada game ni. Budak-budak sekarang tak ramai tahu sebab mostly dibesarkan dengan ipad. 


Husband saya yang beli game ni. Katanya rindu nak main tapi tak syoklah setakat main berdua. Kena main ramai-ramai baru best. Kebetulan mak mertua dengan adik-adik ipar datang rumah saya, apa lagi layan habis game ni sampai tengah malam. Hahah syok giler main sambil gelak-gelak. But seriously kalau nak rapatkan ukhuwah family, game camni sangat bagus. Plus belajar menguruskan kewangan dan hartanah. Secara tak langsung akan develop impian dan kepintaran otak dalam urusan jual beli aset dan hartanah. Why so serious? haha.. So uols belilah saidina ni then main dengan family. Memang sangat fun! Husband saya cite masa kecik main dengan adik-adik, si bongsu sampai nangis sebab jatuh bangkrap kena buli ngan abang n kakak. Besela tu kan.. Hehe..


Misya : Siapa pandai main dam haji?

Comments

  1. jarang main saidina, tapi dulu masa sekolah rajin main jutaria hehehe, mmg syok main ramai2 meriah gitu..

    ReplyDelete
  2. @BaNu Syah aah betul jutaria! huhu.. Sebab jutaria lebih murah banding saidina. so time sekolah hanya mampu beli jutaria je masa tu. huhu

    ReplyDelete
  3. Rindunyaa! Ni rasa nk beli ni. Btw brape ye sis hrga saidina sekarang?

    ReplyDelete
  4. @Nur Yuhana hehe.. if tak silap dalam RM30++ camtu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts