Standby eye drops untuk penggemar contact lens.

Salam. Nak share kat uols yang suka pakai kanta lekap atau dalam bahasa jawanya contact lens. Sebab sekarang contact lens tu dah jadi kebiasaan kan mostly untuk fesyen. Saya pun sama juga. Hehe. Especially bila terjebak semula dalam bidang modelling memang wajib pakai contact lens baru dalam gambar nampak cantik. Tapi mostly orang bila pakai lens akan cepat alami mata kering dan merah. Sama juga dengan saya. 



Ni saya share product eye drops yang saya gunakan untuk atasi masalah mata kering, pedih dan merah akibat memakai lens dalam tempoh yang lama. Sebab saya kadang shooting dari pagi sampai petang so memang mata jadi kering. Bila merah, nak shoot dah tak cantik dalam gambar. So memang always prepare eye drops jenama Rohto C Cube ni. Kat mana ada jual? Saya beli ni di kedai Guardian. Watson saya tak pernah jumpa pula. Tapi memang bagus eye drops Rohto ni sebab mata terus jadi lembab dan fresh. Try juga brand lain tapi tak berapa ok. 1 more tips, jangan sesekali beli lens harga bawah RM50.00. Untuk kesihatan mata yang tak ternilai harganya memang kena beli lens yang mahal (berjenama).

So tips Misya simple je untuk pengguna contacts lens:

1. Pakai lens berkualiti (mahal sedikit dan ada jenama).
2. Standby eye drops.
3. Belajar pakai lens selepas make-up - untuk elak sisa make-up melekat pada lens - sebabkan kuman masuk dalam mata.
4. Jangan pakai lens melebihi 8 jam. If terpaksa, titis eye drop.
5. Jangan gosok mata dengan tangan - elak kerabunan.
6. Cuci dan rendam lens selepas pakai dalam solution yang banyak.
7. Cuci makeup mata dengan segera selepas buka lens - mata sentiasa segar dan elakkan kemunculan eye-bag.


Berapa harganya? Saya pun tak ingat! hehe... Tak sampai RM10.00 if tak silap.

Saya pakai contact lens dari jenama Auralens semasa shooting ni. 


Misya : Rabun kadang-kadang menyeksakan .





Comments

  1. Pakai eye drop tu semasa pkai lens atau pun kena bukak lens dulu ?

    ReplyDelete
  2. Pakai eye drop ketika ade lens atau kena bukak lens dlu ?

    ReplyDelete
  3. @nurul Boleh drop masa pakai lens sis..

    ReplyDelete
  4. Klau x pkai lens bole ker pkai eye drops..

    ReplyDelete
  5. @Eyla Fariesha Oh boleh je dear.. Bagus sebab dia akan cuci kotoran kat mata dgn cara selamat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts