expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 31, 2016

Resipi Butter Prawn paling mudah dan cepat.

Salam. Erm I feel such a long time not updating any entry about food. Really? Hehe.. So, today rasa nak update about recipe Butter Prawn which I learnt from my husband! ;) Seriously, he is very talented in cooking. Terliur tak tengok photo Butter Prawn ni? Maybe can give some ideas to all of u untuk hidangan buka puasa di bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Kebetulan saya baru balik dari Sabah, shopping udang fresh berkilo-kilo, huhu rugi tak memanfaatkannya! ngeh.

How to make Butter Prawn dengan cara yang paling simple dan cepat?  Lets scroll...

Ingredients

Udang (Up to you nak banyak mana)
Butter ( Saya gunakan brand Buttercup)
Bawang Besar (Cincang)
Bawang Putih (Cincang)
Serbuk kunyit (Curcumin Powder)
Daun Kari (Curry Leaves)
Tepung Jagung (Corn Flour)
Serbuk Kari (Curry Powder)
Susu cair
Salt (Secukup rasa)

Kaedah

1. Mula-mula gaul udang dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Makesure udang dah dibasuh bersih ya..

2. Then goreng udang menggunakan minyak masak hingga warnanya agak keorenan. Agak-agak isi udang dah masak then bolehlah diangkat.

3. Then masukkan butter ke dalam kuali. Untuk elak banyak minyak, baki minyak goreng udang tu bolehlah dikurangkan - transfer ke bekas lain.

4. Selepas butter dan totally cair, then tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang / potong dadu.

5. Masukkan pula daun kari agak-agak segenggam gitu.

6. Lepas tumisan dah agak garing, masukkan 1/2 cawan susu cair. Seterusnya masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air lebih kurang 1 mangkuk kecil. Then kacau... Don't worry if dia bergumpal sebab memang tekstur nya akan jadi begitu. Masa ni tabur sedikit serbuk kari dan garam secukup rasa.

7. Finally masukkan udang yang telah digoreng tadi dan kacau hingga benar-benar masak. Some people akan letak hirisan lada merah untuk menambah perisa pedas-pedas sikit.

8. Ok siap! Seriously makan ni dengan nasi panas-panas, perghhhhhh menusuk kalbu tak ingat dunia dah. Hehehe.. If tak silap dalam 10-15 minit dah siap saya masak. As long as semua bahan dah ada. Sangat mudah dan cepat. Selamat mencuba ya!


Misya : Berat badan bertambah sedikit.

1 comment :

PeRdU cINta said... Reply To This Comment

Terima kasih kongsi resipi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...