Skip to main content

Featured

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat

Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 

1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghett…

Bangsa Miskin, Bangsa Tak Membaca

Salam. Saya tertarik dengan artikel ni. So tergerak nak share dengan uols untuk dijadikan sebagai panduan. Biar miskin harta, jangan miskin ilmu. Bila kaya ilmu, confirm kaya harta. Lets read...

Tak, kita miskin hari ini bukan sebab kita beli Honda. Bukan sebab kita tak beli rumah dulu. Bukan sebab kita tak melabur di ASB. Kita miskin bukan sebab kita pakai Proton masa beli kereta pertama.


Atau sebab kita hanya mampu bayar Kancil EX660 je. Bukan itu sebabnya kita miskin.

Kita miskin, kerna kita tak membaca. Negara China terbitkan sehingga 440,000 buku baru setiap tahun. Amerika yang aqidahnya kita kata tak betul tu, terbit sehingga 304,900 judul baru setiap tahun. England terbit sehingga 180,000 buku baru tiap tahun. Rusia terbit sehingga 101,000 judul baru tiap tahun.

India, 90,000 judul baru. 

Jepun, 82,589 judul baru.

Jerman, 82,048 judul baru. Ni semua angka purata terbitan judul baharu setiap tahun. Masakan negara ni terbit buku tapi orang tak baca? Penerbit terbit buku kerana adanya demand dalam pasaran. China, Amerika, England, India, Jepun dan Jerman ni semua negara yang mencorak teknologi zaman sekarang. Sebab tu depa boleh pi Marikh, lepak stesen angkasa ISS bila depa rasa nak melepak.

Daripada kereta, teknologi depa berkembang hingga buat kapal terbang. Daripada seleceh-leceh buat unit televisyen, teknologi berkembang hingga penuh 1 rumah dengan teknologi depa, peti ais mesin basuh dapur air cond semua benda lah. Depa jadi negara pengeluar.

Negara ni pula, semuanya negara yang aqidahnya bukan Islam tau. Padahal dalam Islam ni, Iqra tu kan tuntutan paling tinggi? Jadi kita pun tertanya-tanya, mana negara Islam ni pi? Sampai pi Mekah pun, tasbih kopiah jubah semua Made in China? Kita jadi negara pengguna.

Dan sebenarnya jauh sangat kalau nak pi banding sampai ke Jerman yang jaraknya 12 jam perjalanan kalau naik kapal terbang tu. Cuba lihat diri kita dulu? Kita membaca tak? Kalau baca, berapa buku setahun? Berapa buku sebulan? Berapa buku seminggu?

Dalam kariah, adakah kita jadi ahli yang aktif? Adalah kita ambil peranan dalam keputusan-keputusan pembuat dasar? Adakah kita bersuara ketika melihat ketidakadilan? Adakah kita bertindak untuk membetulkan ketidakadilan itu?

Atau adakah kita – semata-mata hanya menjadi warganegara yang pasif? Dah lah tak membaca. Beli Honda pula tu. Kondem Proton. Bila pemerintah buat salah – kita enjoi tonton sambil makan popcorn.

Dan kemudian kita tertanya-tanya – kenapa negara Muslim tak maju? 

Yang tak mau maju itu ialah kita sebenarnya. Yang tak mahu membaca. Dan tak pernah menjadi warganegara yang aktif.

Orang yang miskin bukan orang yang beli Honda dulu sebelum beli rumah pertama tau. Atau kereta pertama dia Kancil EX660. 

Orang miskin ialah orang yang tak membaca. Kita miskin sebab bangsa kita tak membaca.


Misya : Suka membaca tapi tak istiqamah habiskan setiap buku.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts