expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 5, 2016

#1 Trip Vietnam 36 jam : 4 girls with 1 bodyguard..

Salam. Ahha siapa kat sini kaki shopping? Confirm Vietnam antara negara yang wajib dikunjungi untuk tujuan shopping rite? Tapi besenya orang ke Vietnam ni ambil masa beberapa hari untuk spend time for shopping. Tapi luar biasanya saya dan beberapa geng officemate saya mengunjungi Vietnam tak sampai 48 jam pun! Only for shopping! hehe. Giler tak kami? :p

Mulanya kami sekadar berbasa-basi je nak book tiket flight murah Air Asia ke Vietnam. Tapi last-last jadi serius, kebetulan ada tiket murah terus book. Planning awal kami gigirl-gigirl je yang gi. Tapi last minute masa ni kat Vietnam kebetulan ada kes orang Malaysia kena bunuh dan rompak, so my husband decide nak follow sekali as bodyguard. Ok jugalah camtu takdelah kami rasa takut sangat nak jalan-jalan kat sana.

Patutnya ada 5 orang girls tapi last minute sorang tak dapat follow. Flight kami seawal jam 8.00 pagi. Sampai awal boleh shopping awal. hehe.

This is us! Kak As (tudung hitam), Dayah (tudung kotak-kotak), Nida and me.. Team paling kecoh kat office kalau kami ada. Haha..

Sampai di airport Ho Chi Minh, terus book teksi untuk ke hotel. 

Ok benda yang paling menakutkan bila naik kereta di Vietnam. Motorist mendominasi jalan-jalan di sekitar Vietnam. Hinggakan 1 lane jalan milik motorist je! Tapi yang hebatnya pemandu-pemandu kat sini sangat berani dan mahir time drive walaupun jarak antara kenderaan dan motor rapat-serapatnya. Kalau kat Malaysia confirm dah bergesel dah. Seram!

Suasana di sini.. Kalau nak naik teksi, cari yang ada lambang begini. Vinasun namanya. InsyaAllah selamat.

Sampai sudah di hotel.. Tapi hampanya bilik yang kami booking mempunyai masalah air-cond. So, pihak hotel tukarkan kami ke hotel lain yang berhampiran. Kawasan ni dipanggil District 1.

So, kami stay di Thanh Truong Hotel ni. Dekat je dari hotel tadi. Jalan kaki je. Nasib bek dorang tolong angkatkan beg. 

Kami pilih hotel betul-betul di area yang ramai orang Islam dan warga Malaysia datang. Jadi memang rasa selamatlah kat sini. Plus area sangat-sangat dekat dengan Ben Thanh Market - tempat shopping paling besar dan wajib dikunjungi bila datang ke Vietnam.

Disebabkan kami sampai agak awal (10.00 pagi), belum boleh check-in bilik lagi. Just tinggalkan beg dulu then pi jalan-jalan. Muka tak sabar nak shopping!

Sebelum sesi menghabiskan duit, singgah sebentar mengalas perut di restoran Musa Kariem. Don't worry kalau anda stay kat area sini memang berlambak kedai makan Halal. 


Orang kata wajib rasa Mee Sup Daging kat sini. For me, biasa-biasa saja. (Sebab saya bukan penggemar sup)

Saya order nasi goreng kampung. 

Perghhh kalau datang Vietnam tak rasa kopi ais ni, better tak payah datang. Hehe.. Serius kopi ais kat sini betul-betul kaw-kaw liao! Saya yang tak suka kopi, datang sini teguk kopi ais ni relaks je. Tapi tak berani minum banyak-banyak takut kena migrain. Milo ais dia pun kaw terbaik minum time hari panas.


Ok nanti saya sambung entry Part 2 pula ya..


Misya : Seronok dapat kengkawan sekepala.











5 comments :

Puan Wawa said... Reply To This Comment

Bestnyaa..

Jie Susanos said... Reply To This Comment

sronoknya nak pergi shopping..

berapa jam nak samapi vietnam tu, ya..

Nyamuk Terbang said... Reply To This Comment

bestnya shopping kt vietnam...kemain haa...hehe...

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Jie Susanos Lebih kurang 2 jam if tak silap. :)

ejulz said... Reply To This Comment

waaaa.. seronok

jemput singgah.. entry terkini Hujung minggu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...