Skip to main content

Featured

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat

Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 

1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghett…

1st Photoshoot with Farlynn Hijab

Salam semua. Alhamdulillah saya dapat offer untuk jadi model bagi hijab keluaran butik Farlynn Hijab yang diusahakan sendiri oleh kawan baik saya, Shazlinda. Before this beliau pun model juga but after kahwin, terus open bisnes jual tudung. If nak tengok tudung pelbagai jenis seperti instant hijab, shawl, half moon, tudung awning dan lain-lain bolehlah singgah ke butik Farlynn Hijab di Bangi Getaway. Dibuka setiap hari dari jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam. Nak beli online pun boleh juga. Yang paling best kawan saya ni sangatlah baik hati sebab tudung-tudung yang dia jual harga semua murah-murah. Instant shawl yang ada banyak hiasan dan manik hanya RM30-40 je! Yang penting semua tudung adalah patuh syariah iaitu labuh. Memang Farlynn Hijab mengetengahkan konsep Muslimah sepenuhnya. 

So untuk entry ni saya share dengan uols hasil saya photoshoot sebahagian koleksi Farlynn Hijab. InsyaAllah kami akan bekerjasama untuk projek-projek lain juga. Tq Lyn invite saya jadi model..:)

Make-up by : Intan Sairie
Photo by : Nasuha
Location : Taman Saujana Hijau, Presint 11, Putrajaya












With my friend Lyn dan Ayu, her cousin (model bersama).

With Yana, pembantu di butik Farlynn


Misya : Bantu permudahkan urusan orang lain, urusan kita pun akan dipermudahkan.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts