expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, August 27, 2016

Excited kawan office masuk TV - Selamat Pagi Malaysia

Salam. Siapa yang tonton rancangan Selamat Pagi Malaysia di bulan Ramadhan baru-baru ni maybe dapat tengok salah satu slot tentang keselamatan makanan. Pegawai dari office saya merangkap officemate saya yang jadi panel untuk ditemubual dalam slot tersebut. Tahniah Dayah terpilih untuk muncul sebagai wakil department kami. So proud of u! Jadi, apa fungsi saya dalam hal ni? hehe.. Bos saya suruh folo Dayah jadi pegawai pengiring. Katanya untuk saya belajar supaya next time giliran saya dah ada experience sebab dah tengok di sebalik tabir ditemubual untuk rancangan TV sebegini. Memang our responsibilities menyampaikan maklumat dan ilmu kepada rakyat tentang keselamatan dan kualiti makanan. Jom saya share suasana di sebalik tabir saya menemani officemate saya masuk TV. 

 
Baru tahu gini rupanya suasana di belakang tabir bila sesuatu rancangan live ditayangkan. 

Cameraman yang sporting. Siap bagi saya ruang untuk saya snap gambar Dayah lebih dekat!



Sebelum start sempat wefie. Bangga juga bila kawan sendiri masuk TV. Antara officemate yang sangat baik dan happening. Duduk pun sebelah partition saya je kat office. Sunyilah office kalau dia takde. 

Good job Dayah! Walaupun sekejap tapi Dayah dapat beri input yang baik kepada pengacara rancangan.

Walaupun dia sangat nervous masa ni tapi semua soalan dapat dijawab dengan baik. Lagipun slot ni sekejap je. Dalam 10 minit camtu saja. Kacang jela Dayah! Dah memang tugas kita kan. hehe..

At least dengan adanya slot camni, dapatlah kurangkan risiko kes keracunan makanan. Almaklum bulan Ramadhan ni orang jual macam-macam makanan. Kenalah amalkan penyediaan makanan yang bersih dan selamat. 


Misya : Makanan selamat, keluarga sihat.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...