expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, August 27, 2016

Hong Kong Trip #1 || Tertinggal flight!

Salam. Pergh punyalah lama baru nak start entry trip saya ke Hong Kong honeymoon with husband. hehe. Actually saya ke Hong Kong ni pun tanpa dirancang. Memang every year saya dan husband akan bercuti ke mana-mana terutama tempat sejuk untuk honeymoon. Yela selagi belum ada cahaya mata ni, orang kata berjalan lah puas-puas ye dok. Ada rezeki lebih insyaAllah boleh saja. Kebetulan tengok-tengok web Air Asia, terjumpa tiket murah ke Hong Kong. Sebenarnya nak ke negara lain tapi harga tiket semua mengecewakan.. Last-last pilih Hong Kong plus saya pernah ke sana masa study dulu. Kira macam mengimbau kenangan la ni. hehe.. Tarikh pun cantik, musim sejuk (Januari), awal tahun cuti banyak lagi, apalagi, terus book!

Saya memang teruja nak bercuti if ke negara yang ada musim sejuk. Inilah masanya nak melaram fesyen winter especially yang berbulu-bulu saya beli dari merata negara musim sejuk. Orait ready for this honeymoon trip to Hong Kong!

Tapi alangkah sedihnya kami disebabkan flight kami book tu awal pagi around 7.00 am ++, tak tahulah nape kami boleh terlewat sampai di airport. Kecewa sebab Air Asia sangat strict kurang 60 minit dah takleh check-in dah. Huarghhhh!!! TAPI takkan kami nak batalkan trip ni? Ruginya sebab memang teringin nak bercuti tempat sejuk. Untuk hilangkan stress berkerja.

Alhamdulillah nasib baik ada 2nd flight dalam tengahari sikit ke Hong Kong. Kena bayar sikit lah sebagai denda gitu. Hoorayyy masih boleh gi honeymoon! 

Excitednya saya nak fly. Rasa macam dah lama saya dan husband tak bercuti ke luar negara. Rindu masa awal-awal kahwin dulu kami pi Korea, Istanbul, Egypt...


Sementara menunggu flight, breakfast dulu kat McD. 

Yeay dapat meneruskan perjalanan ke Hong Kong..


Disebabkan makanan untuk flight asal dah burn, kenalah beli makanan lain untuk flight ni. Perjalanan ke Hong Kong mengambil masa 4 jam. Memang laparlah if tak makan. Tak kisahlah tentang harga janji perut tak berkeroncong. Almaklum sampai Hong Kong nanti banyak tenaga nak digunakan untuk bergerak sana-sini.

Menikmati keindahan ciptaan Tuhan... 

Apa yang berlaku bila sampai di Hong Kong? Baca sambungannya ya di Part 2....


Misya : Hadiah perkahwinan.

3 comments :

Mas said... Reply To This Comment

Bestnya dpt g hong kong!

Puan Wawa said... Reply To This Comment

Wahhh, seronoknyaa honeymoon.. jauh plak tu pergi.. hehe

sya mimie said... Reply To This Comment

Bestnya ada rezeki lbih dpt bercuti ke ngra orng..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...