Skip to main content

Featured

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat

Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 

1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghett…

Impian shoot konsep Beauty with Braces tercapai...

Salam. Antara sesi photoshoot yang saya nanti-nantikan adalah konsep Beauty dalam persalinan putih bersih. Dulu-dulu rasa agak mustahil saya nak shoot untuk konsep ni sebab kekangan utama saya adalah memakai braces. If disuruh senyum nampak gigi, fuh itulah kelemahan saya! Takut muka saya jadi pelik dan hasilnya mengecewakan saya mahupun klien. Dats why hasil shoot saya sebelum ni tak banyak yang saya senyum nampak gigi. 

But this time, saya berpeluang shoot dengan Dak Teropong Studio untuk update compcard terbaru saya, berkonsepkan Beauty wat saya agak gementar. Sebab saya tahu Dak Teropong adalah photog yang sangat teliti dan perfectionist. Risau gak dia tak dapat snap foto terbaik untuk saya. But Alhamdulillah, buat 1st time nya saya selesa senyum menampakkan gigi saya untuk shoot Beauty dalam tema putih. Yang paling best shoot diambil agak close up. And hasilnya.. bagi saya superb! Tq Dak Teropong.. Sebab dia photog pertama kata, takpe senyum nampak gigi pun. Lebih natural katanya. Ok terus saya confident senyum nampak gigi sampai akhir shoot. Hehe..







Saya puas hati dengan hasil Dak Teropong sebab saya berjaya realisasikan impian untuk shoot bertemakan Beauty. Tapi untuk model memakai braces seperti saya memang agak sukar nak dapat job untuk tujuan komersial seperti iklan TV especially untuk produk kecantikan. Apa-apa pun saya memang sangat hargai dan berterima kasih kepada klien yang sudi hire saya untuk gayakan produk mereka. Hope saya dapat kerjasama yang lebih baik dengan klien-klien yang lain. Tq Liyana untuk makeup yang gojes ni. Nampak natural tapi menaikkan seri wajah, :)


Misya : Tak sabar nak bukak braces.


Comments

Popular Posts