expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 30, 2016

Jangan sia-siakan usiamu..- Tun Mahathir

Salam. Esok Hari Merdeka. Excited ke nak celebrate? Dulu-dulu masa zaman belajar memang excited sebab terlibat dalam persembahan kebudayaan. Bila dah makin dewasa dan dah bekerjaya, semangat tu masih ada tapi tidak berapa teruja nak celebrate means keluar rumah untuk pergi Dataran Merdeka melihat perarakan dan sebagainya. Tapi honestly tengok kat TV pun boleh naik semangat. Especially part perarakan kontinjen unit beruniform. Perghhh boleh sebak tau memikirkan pejuang-pejuang negara mempertahankan kemerdekaan. Almaklum saya ni ada darah pahlawan (cewah!). Arwah atok saya sebelah ibu bekas anggota polis. Bertugas masa zaman-zaman Tragedi Bukit Kepong dulu. Tapi semuanya tinggal kenangan. 


Now apa yang penting generasi sekarang jangan bazirkan usia muda yang ada membuat perkara yang sia-sia macam Tun Mahathir pernah sampaikan. Seriously saya sendiri kadang menyampah dengan anak-anak muda yang leka dan lebih mementingkan gadjet daripada isu-isu yang lebih besar untuk negara. Mana taknya generasi ibubapa sekarang, anak-anak masih kecil dah dijaja dengan gadjet. Saya dulu nak beli handphone Nokia 3310 baling anjing mati tu pun tunggu lepas SPM wat kerja part time dapat gaji baru boleh beli. Ahha.. Alhamdulillah now jadi orang berguna menjadi sebahagian daripada penjawat awam untuk menyumbang bakti. #salammerdeka



Misya : Oppo tetap di hatiku.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...