expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 5, 2016

Kenangan Raya #1 2016 Misya dan Ahmad...

Salam. Selamat Hari Raya! haha Syawal baru je habis tapi saya baru terhegeh-hegeh nak update gambar raya saya! Haish teruk betul saya ni. Punyalah busy plus malas nak update entry since beberapa bulan ni. Raya sakan la kot sampai blog dah berhabuk tak update entry sangat. Tapi masih ada pengunjung yang sudi menyumbang viewers blog saya ni. Hehe terima kasih diucapkan. So, just nak share beberapa keping gambar raya hari pertama saya dan suami untuk tahun 2016 ni.


Tahun ni tahun pertama kami beraya di Seremban since my parent berpindah ke sana. Den dah jadi orang Somban! hehe..

Mohon ampun dan maaf dari suami tercinta.. Syurga di bawah tapak kaki suami..






Bersama ayahbonda saya yang tercinta..

Sibuk di dapur..


Antara juadah yang disediakan di pagi raya.. 

Sempat buat kek coklat di malam raya. Siap pada jam 2.00 pagi ok! hehe..


Setelah sebulan berpuasa memang inilah masa yang dinanti-nantikan! Jom makan!!

Alhamdulillah selesai di rumah my parent. Seterusnya balik kampung belah husband pula.

Ok menggedik jap. :p

Panorama normal on the way ke kampung atok husband. Bosau-bosau lombu kat sini. 

Sampai di rumah nenek saudara husband. With my mom in law & adik-adik ipar kesayangan..

Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi menyambut Ramadhan dan Syawal untuk tahun 2016 ini. Hope dipanjangkan usia untuk menyambutnya lagi untuk tahun akan datang. Walaupun masih berdua tapi syukur Alhamdulillah family saya mahupun family mertua sangat memahami dan sporting. Boleh honeymoon puas-puas kata dorang. Hehe. #syukurselalu #yangpentinghappy #ilovemyfamily #salamaidilfitri

Misya : Kasih sayang family adalah hadiah terhebat dari Allah swt.


4 comments :

Roziah Muhammad Nor said... Reply To This Comment

betul2 kampung tu ada lembu :)

Illya LeYa said... Reply To This Comment

Laa... kenapo tak di koba kan dah duk somban. Boleh gak LeYa menueng ke ghumah ekau.. Den duk PD yo.. moh la poie PD. Tapi roger dulu. Sobab skrg den kojo kek Cyberjaya. peh tu den kan dah berkahwin. suami den kek Melako.. Den kono belah 3 nak balik semuo tompek.. hihi..

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Roziah Muhammad Nor Aah banyak orang India bela lombu kat area sini otw ke Linggi. huhu

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Illya LeYa Haha yeke? buleh la roger2 nanti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...