expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 18, 2016

Nasi Kerabu tersedap pernah saya makan!

Salam. Ada peminat Nasi Kerabu tak kat sini? Oops bukan saya nak jual. Tapi saya just nak share kesedapan nasi kerabu yang saya beli dari rakan pejabat saya. Sebelum ni ada dengar-dengar kawan saya ni wife dia pandai nasi kerabu. Siap boleh order lagi siapa nak. So bulan puasa baru-baru ni dia open order untuk rakan-rakan office. Apa lagi, ambil peluanglah order untuk buka puasa. Takyah masak dah. Hehehe. Saya ni bukanlah penggemar nasi kerabu but sometimes teringin juga nak makan. Sebab susah nak jumpa nasi kerabu yang benar-benar sedap. So try la order kali ni.

Wow bestnya, dengan harga RM10.00, complete set dengan ayam goreng, solok lada, telur masin, keropok ikan, budu, sambal dan nasi kerabu berwarna biru yang nice. Husband saya tengok pun dia teruja sebab berbaloi lah RM10.00 dapat complete set camni.

Rasanya? Memang sedap! Tak rugi lah beli. Makan time buka puasa memang menambah kesedapan. hehe..  So far memang ini nasi kerabu tersedap pernah saya makan. Presentation pun ok nampak bersih. Almaklum orang food tech yang jual mestilah kena jaga kebersihan. Cuma lepas ni elakkan guna polisterina ya. :) Ada sape-sape berminat, bolehlah roger kawan saya, Zakuan di talian 013-7406363 (Zack). Hope murah rezeki lagi Zack lepas ni. Amin..


Misya : Kombinasi 5 rasa yang mantap.

1 comment :

Maman Reen said... Reply To This Comment

Reen suka makan nasi kerabu dekat dengan Sogo.. Nasi kerabu paling sedap pernah Reen makan. Nyummm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...