expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, August 18, 2016

Resipi Bawal Sweet Sour ringkas dan enak

Salam. Takde idea nak masak apa untuk makan malam or tengahari? Why not cuba resipi simple Ikan Sweet Sour yang saya buat ni. Sedap tau plus kuah dia boleh simpan and makan beberapa kali. :) Makan dengan nasi panas-panas dah cukup dah.

Ginilah rupa ikan sweet sour hasil air tangan saya. 1st time cuba sebenarnya becos saya dah kering idea nak masak apa. Alhamdulillah menjadi dan yang penting hubby kata sedap sangat! hehe

Bahan-bahan

Ikan Bawal
Bawang Besar/Benggala
Bawang Putih
Halia
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili
Lada kisar
Tomato
Cili Merah/Hijau
Cili api (Kalau suka pedas)
Nenas kiub (Takde pun takpe)
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa


Kaedahnya

1. First mestilah siang ikan bersih-bersih. Tips nak hilang hanyir adalah cuci ikan dengan air asam jawa/air basuhan beras. Kemudian lumur dengan serbuk kunyit dan sedikit garam pastu goreng dalam minyak panas sehingga ikan masak.


 2. Lepas goreng ikan, bolehlah tumiskan bawang besar/benggala, bawang putih dan halia yang telah dihiris sampai naik bau. 


3. Then, masukkan sedikit lada kisar/ cili giling. Agak-agak cili dah garing / naik minyak, bolehlah masukkan semua jenis sos. Amaun terpulang pada anda nak rasa dia camne. Sos tomato jangan banyak sangat sebab akan letak buah tomato nanti jadi masam.


4. Lepas mendidih, bolehlah masukkan tomato dan cili merah/hijau yang dah dipotong. If suka nenas, bolehlah letak sekali nenas kiub tu untuk tambah rasa-rasa manis masam. Nak pedas lagi, tambah hirisan cili api/padi.


5. Lepas mendidih sekali lagi, bolehlah dituangkan atas ikan bawal goreng tadi.. If kuah yang terhasil adalah banyak, bolehlah simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti ais. Next time kalau goreng apa-apa ikan pun boleh recycle panaskan kuah yang sama dan tuang je.. Jimat! :)

Ginilah hasilnya ikan bawal sweet sour saya. Simple je kan? Makan dengan nasi panas dah cukup lauk ni sebab lengkap ada buah tomato/nenas. Kira sihat jugalah resipi ni sebenarnya. Bolehlah uols cuba nanti ya.



Misya : Kawal berat badan.

2 comments :

Maman Reen said... Reply To This Comment

Semangat memasak semakin membara bila dengar suami puji Hihihi :D

Misya (Aimi Syahirah) said... Reply To This Comment

@Maman Reen haha betul tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...