expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 23, 2016

Resipi mudah Cornflakes Coklat Ceria!

Salam semua. Kali ni nak share salah satu biskut raya yang saya baru cuba buat last raya iaitu Cornflakes Coklat Ceria! :) Sangat-sangat mudah resipinya. Yang penting sedap dimakan berama-ramai di hari raya. hehe. Jom tengok camne nak wat biskut yang sangat ceria berwarna-warni ni. Tengok pun geram dan menyelerakan.


Bahan-Bahan

Nestle Cornflakes
Chocolate Compund jenama Beryls
Butter
Serbuk Vanillin
Coklat Rice
Paper Cup

Cara-Cara

1. Ramas cornflakes supaya menjadi kepingan lebih kecil. Jangan sampai hancur. Cukup-cukup untuk mudah dimakan.



2. Panaskan coklat compound bersama butter dan sedikit serbuk vanillin untuk membangkitkan aroma. Saya gunakan sekotak besar cornflake so, coklat yang saya gunakan adalah 2 blok. (Dalam sepeket coklat compound Beryls ada 4 blok)


3. Panaskan sehingga cair berkilat dengan api kecil / double boil.


4. Then tunggu coklat sejuk sedikit, barulah letakkan cornflakes yang telah diramas tadi. Gaulkan hingga rata.


5. Then gunakan sudu untuk masukkan dalam paper cup. Amaun ikut suka. :p


6. Last sekali untuk hiasan bagi tambah menarik bolehlah taburkan coklat rice warna-warni. Then masukkan dalam peti ais dalam 5-10 minit untuk mengeraskan coklat. Pastu bolehlah disimpan atau dimakan terus! Siap! :)



Misya : Obses shopping bahan bakery.




No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...