expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, August 16, 2016

Resipi Popia Coklat Nestum yang senang dan sedap!


Salam. Apa benda atas tu? Ahha itulah Popia Coklat Nestum! Hasil air tangan saya sendiri sempena Aidilfitri baru-baru ini. Mana dapat resipi? Follow dari facebook je. Hehe. But ianya sangat senang dibuat. Rasanya pun sangat sedap. Husband saya 2 balang habis dia makan. Lemak-lemak manis rangup gitu.. Jom saya share resipi Popia Coklat Nestum...


Bahan-Bahan

Kulit Popia (50 keping)
Coklat Compound jenama Beryls (500g)
Nestum Original
Serbuk Vanillin
Butter
Tepung gandum dan air
Minyak masak (Untuk menggoreng popia)


Cara-Cara

1. Potong kulit popia berbentuk segi empat ikut size diingini. Kemudian gulungkan dan letak di atas dulang. Untuk elak gulungan terbuka, sapukan sedikit tepung gandum yang dicampurkan dengan air supaya hujung kulit popia melekat. Biarkan dalam beberapa minit supaya kulit popia tersebut kering. If masih basah bila goreng nanti tak rangup tapi keras dan leper.


2. Seterusnya goreng kulit popia tersebut hingga warnanya kekuning-kuningan. 


3. Untuk coklat, cairkan coklat compound Beryl's dengan sedikit butter menggunakan api yang slow/ double boil. Letakkan sedikit serbuk vanillin untuk menambah aroma. Cairkan sehingga coklat berkilat.



4. Biarkan sejuk seketika coklat yang telah dicairkan. Kemudian bolehlah celupkan popia yang telah digoreng tadi ke dalam coklat.


5. Golekkan popia yang telah dicelup dengan coklat tadi ke atas Nestum. Automatik nestum tersebut akan terlekat menyelaputi keseluruhan coklat.



6. Susun popia coklat nestum tersebut di atas dulang dan sejukkan di dalam peti sejuk dalam masa 5 minit untuk membekukan coklat. Kemudian, siap untuk disimpan mahupun dimakan terus! 



Baru siap tapi setengah balang husband saya dah rembat. hehe. Selamat mencuba!


Misya : Buat sendiri lebih puas hati.




3 comments :

Busyra Bt Takiyudin said... Reply To This Comment

sedapnya..

ejulz said... Reply To This Comment

perghhh.. sedap.. pernah buah tp guna roti bbakar je. hehe

ejulz said... Reply To This Comment

Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
1. MASA: dahulu dan sekarang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...