Resipi roti telur cheese meleleh!

Salam dan Selamat Pagi! Ahha tak tahu nak breakfast pagi ni? Boleh cuba resipi roti telur inti sosej dan cheese meleleh ni. Memang sedap dan sangat mengenyangkan. Sesekali kita wat ala-ala western pula untuk breakfast. Jom saya ajarkan camne nak wat. Sangat senang dan cepat disediakan.


Bahan-Bahan

Roti Gardenia
Sosej
Telur
Serbuk Oregan / Mixed Herbs
Mozarella Chese
Sedikit garam



Kaedahnya

1. Letakkan Mozarella Cheese di atas roti. Sebelum tu jangan lupa rebus sosej dulu. Potong sosej ikut size digemari dan susun di atas cheese yang telah diletakkan di atas roti. Dalam masa yang sama kacau telur dan serbuk Oregano/Mixed Herbs serta sedikit garam.


2. Tindihkan kepingan roti kedua dan salutkan dengan telur yang telah dikacau tadi. Kena berhati-hati takut sosej terkeluar dari roti. Panaskan minyak kuali dan goreng roti yang dah disalut telur tadi hingga kekuning-kuningan.


3. Siap digoreng, boleh potong 2 untuk mudah dimakan. If masih panas memang cheesenya akan terkeluar dan meleleh masa dipotong. Yummy! 


 Makan 1/2 je pun dah sangat kenyang sebab ada cheese Mozarella yang sangat padat. Selamat mencuba!




Misya : Suka cheese meleleh.

Comments

  1. sedap... tapi sy kurang sikit dgn cheesse dia. penah juga la try.
    tapi adk saya suka.. :)


    jemput singgah blog saya.. :)
    hanyadihatiku.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. pagi... wah sedapnya , tngok cheese meleleh tu. hehe

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau cheese tu meleleh-leleh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts