Skip to main content

Featured

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat

Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 

1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghett…

Seramnya naik MasWing!

Salam. "Misya nanti dari Bintulu ke Kota Kinabalu naik MasWing ya. Kecik sikit. Flight Boeing takde." kata Kak Mas, kerani saya. Saya pun kata "Ok Kak Mas.." Yang sebenarnya saya tak tahu pun dan tak pernah tahu pun yang flight MasWing ni camne. Bayangan "kecil" yang dimaksudkan Kak Mas adalah salah sama sekali apa yang ada dalam kepala otak saya. haha.. Sampai je airport dengan senang hati nak fly ke KK atas urusan tugas, sekali tengok dari luar tingkap airport, oh gini rupanya MasWing! Memang betul-betul kecik!

Bukan sebab size yang bermasalah bagi saya tapi membayangkan kedudukan kipas turbin dia tu betul-betul sebelah tingkap penumpang, uish seram gak rasa. Tapi naik jela.. Takkan taknak naik plak. Urusan koje ni makcik oi.. hehe..

Sementara tunggu gate dibuka, selfie-selfie dulu di sekitar airport Bintulu ni. 1st time saya jejak kaki di sini. Kejap saja dapat luangkan masa sebab habis urusan di Bintulu terus ke KK pula sambung audit di sana.


Tuu dia... Flight saya menanti.. Masuk ikut pintu belakang. Excited tapi takut sebab tak pernah naik pesawat udara sekecil ni. Seat nya pun 2 kiri, 2 kanan. Macam bas ekspress.


Ok tak tahu la nak kata bertuah ke apa tapi tempat duduk saya betul-betul hampir dengan kipas pesawat. Compare dengan pesawat biasa, bunyi kipas tu berpusing lebih kuat. Dah betul-betul kat tepi kita memang boleh pekak dibuatnya.



Yeahhh finally kami di udara.. Actually kipas tu berpusing dengan sangat laju dan tak nampak pun bilah-bilahnya tapi bila snap gambar nampak jelas bilah-bilah kipas tu. 

Ok part paling seram bila dia membelok, serius gayat giler!! Rasa macam naik roller coaster. Mana tak seram sebab kipas turbin tu kat atas, kita kat bawah, jadi bila pilot membelok memang kita akan direct nampak apa di bawah tu. Grrrrr serammm! Macam bungee jumping pun ada.

Fuh Alhamdulillah selamat sampai.. Abaikan muka tembam yang agak selebet tu. Kesan keseraman naik flight MasWing. Hehe.. But actually saya suka sebab dapat tambah pengalaman naik pesawat kecil ala-ala jet peribadi. Ok lets go to work!


Misya : Tiada lagi mabuk naik flight.

Comments

  1. alaa.. nak tengok kat dalam dia.. hehe

    ReplyDelete
  2. @Siti Nurzafirah huhu tak sempat nak snap belah dalam dia. keseraman menguasai diri. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts