expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 8, 2016

Hadiah cermin untuk ibu tersayang..

Salam. Sometimes memang takde idea nak bagi hadiah kan? Puas fikir tapi rasa macam dah bagi je semua jenis hadiah. Especially for my mom. Kebetulan Mei lalu adalah hari persaraan dan birthday my mom. Puas la dok pk nak bagi hadiah apa. Dalam fikiran terbayang nak bagi cincin emas belah rotan sebagai ganti cincin emas yang pernah saya hilangkan dulu. Oopss sorry ibu.. Hehe.. Fikir punya fikir, senang cerita tanya terusla empunya badan. At the same time my mom memang tengah mencari-cari cermin untuk dihias pada dinding rumah baru kami. My mom dengan rela hati kata better belikan dia cermin untuk hias rumah daripada beli cincin sebab katanya cincin emas dia banyak and bukan pakai semua pun. Okla cantik sangat lah tu. Lebih kurang je harga cincin dengan cermin ni dengan harga cincin emas. 

Alhamdulillah dapat hadiahkan cermin 2 buah (untuk ruang tamu dan ruang makan). Hadiah lain memang ibu saya taknak sebab dah banyak dan tak tahu simpan mana nanti.

Semangat my mom snap foto cermin lepas digantung. Syukur beliau happy dengan hadiah yang saya bagi ni walaupun sekadar cermin hiasan..

Ni yang kat ruang tamu. Both cermin ni dapatlah harga dalam RM400++. Oklah siap tolong pasang sekali. Corak dia pun saya dan my mom suka. Dapatlah beri efek rumah nampak lebih luas. Almaklum my mom memang jenis suka menghias rumah. Pantang ada ruang, mesti nak letak something. Bagi rumah naik seri katanya. Baiklah ibu.. Along follow aje.. Huhu..


Misya : Banyak lagi jasa ibu yang tak terbalas.


No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...