Hero Market, shopping sebelah pejabat..

Salam. Siapa pernah membeli-belah di Hero Market? maybe kat luar sana dah banyak cawangan Hero market ni. Kat Putrajaya pun dah ada Hero Market ni. Betul-betul dekat my office area Presint 3. Dah lama rasanya dibuka tapi saya tak pernah singgah pun. But kali ni saja follow my officemates. Saja nak tengok camne rupanya Hero Market ni..

Ok abaikan tudung yang berserabai tu. huhu. Ginila suasana Hero Market ni. Nak kata besar takde besar sangat macam hypermarket. Nak kata kecil takdelah sekecil kedai runcit. Okla if uols nak cari bahan-bahan keperluan rumah dan dapur. 


Banyak juga barangan dijual. Mostly yang datang sini orang-orang dari pejabat kerajaan sekitarnya. Time rehat if nak cari barang-barang dapur bolehlah singgah. Sebelah Dorsett Hotel Putrajaya je.

Separation between department makanan dan bukan makanan. Harga lebih kurang macam pasaraya biasa punya rate.

Kaunter bayaran banyak juga tapi bila dah ramai-ramai jadi sesak. Maybe sebab time ni peak hour tu yang ramai. So sesiapa yang berhampiran nak singgah beli barang dapur sebelum pulang ke rumah lepas kerja bolehlah ke Hero Market ni. Tapi jangan waktu kerja pi mengular plak ke sini ya!;)


Misya : Suka shopping untuk masak.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts