expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, September 8, 2016

Kereta terjun dalam parit RnR Serdang!

Salam. MasyaAllah, pertama kali saya menyaksikan kemalangan sebuah kereta depan mata. Kes ni dah lama berlaku tapi baru sekarang teringat nak update entry. Kebetulan saya singgah makan di RnR Serdang highway PLUS KL-Seremban menuju ke KL. Tengah elok-elok mengadap nasi lemak bungkus, tetiba terdengar bunyi shrekkkkkkkkkkkkkk.... dooommm! Semua yang berada di area RnR Serdang time tu terkejut dan tercari-cari mana datang bunyi tu. 


SubhanaAllah rupanya ada accident! Bukan antara kenderaan tapi sebuah kereta telah terjun ke dalam parit di belakang RnR Serdang! Haiyaaa camne boleh berlaku? Wallahualam.. 

Dikatakan kereta ni brek tak makan, so dia cuba nak stopkan kereta di tepi jalan tapi dengan halaju yang sangat tinggi last-last terbabas melanggar tiang lampu jalan then terus terjun dalam parit ni. But Alhamdulillah pemandunya seorang lelaki selamat cuma maybe cedera di pinggang sebab dia takleh bangun - akibat hentakan masa kereta jatuh dalam parit.

Kejadian seperti ini siapa sangka kan? Memang saya terkejut dengar bunyi yang sangat kuat. Risau juga lori ke terbabas hentam RnR ni. Almaklum RnR Serdang ni kecil je betul-betul tepi highway. Yang memandu makesure sebelum drive tu kenderaan pastikan selamat dibawa. Berhati-hatilah di jalanraya. Malang tak berbau...



Misya : Bukan adegan filem.

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...