Skip to main content

Featured

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat

Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 

1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghett…

Resipi Bebola Ayam Cheese meleleh!!!

Salam. Amacam tengok gambar bawah ni? Terliur tak? hehe.. Inilah bebola ayam cheese! Resipi dari facebook saya ubahsuai sedikit ikut citarasa sendiri. Yang penting memang tangkap leleh la!


Bahan-Bahan

Ayam Kisar Ramlee
Bawang Kecil
Daun Bawang
Carrot
Tepung Gandum sedikit
Keju Cheddar
Lada Hitam
Sos Tiram
Garam sedikit
Bread Crumbs (Serbuk Roti)

Cara-cara membuatnya

1. Kenalah sediakan bahan-bahan dulu. Hehe. Untuk bawang, daun bawang dan carrot perlu dicincang halus. Nasib baik saya ada Master Chopper Set dari Go Shop, memang memudahkan kerja-kerja menyagat bahan-bahan masakan. hehe.

 
Untuk cheese, saya gunakan brand Beqa ni. Boleh didapati di kedai-kedai menjual alat bakery atau hypermarket berhampiran.

Bawang, daun bawang dan carrot yang telah dicincang. Agak-agak jangan halus sangat.
 
Ayam kisar Ramlee. Kalau ikut resipi asal kena gunakan daging ayam then blend sendiri. Sekarang senang, semua dah ada di pasaran. Maybe uols boleh try dengan daging lembu kisar. But saya suka ayam. hehe

Bread Crumbs dari kedai alat alat bakery. Saya pilih jenis warna kuning untuk bagi efek keemasan pada bebola ayam cheese saya.

2. Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi kecuali tepung gandum. Tepung gandum ni anda gunakan hanya bila anda rasa doh yang terhasil agak terlalu lembik sampai sukar nak digentel menjadi bulat. Sebab air dari ayam tu yang membuatkannya lembik. Tapi jangan banyak sangat pula letak tepung.


Beginilah doh yang terhasil. Agak-agak boleh gentel, oklah.

3. Potong dadu keju cheddar agak-agak size boleh masuk dalam doh bebola yang akan digentel.


4. Ambil sedikit doh ayam tadi then leperkan menjadi bulatan. Kemudian letak seketul  cheddar cheese. Then tutup keseluruhan blok cheese dengan doh ayam tersebut. Gentelkan menjadi bulatan.


5. Then, golekkan atas bread crumbs sampai semua permukaan doh diselaputi bread crumbs.


6. Siap! Bolehlah disimpan dalam freezer ataupun digoreng terus untuk dimakan.


7. Untuk goreng makesure minyak betul-betul panas dan bebola cheese terendam habis dalam minyak. Agak-agak dah keorenan warnanya dan ada cheese sudah mula meleleh, tanda bebola ayam dah masak. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Beginilah rupa bebola ayam cheese yang telah siap digoreng. Makesure jangan sampai hangus ya. 


Perghhh memang meleleh-leleh bila tengok cheese yang keluar dari bebola tu! Serius sangat sedap. Sebab sangat-sangat juicy ayamnya plus campur dengan aroma daun bawang yang menyegarkan. 


If uols memang gilerkan cheese, bolehlah buat size bebola yang lebih besar dan cheese lebih banyak. Berbaloi-baloi buat sendiri banding beli kat luar mahal. Selamat mencuba dan makanlah sepuas-puasnya! 


Misya : Ada yang request nak order.

Comments

Post a Comment

Terima kasih atas kesudian anda memberikan pendapat positif anda. InsyaAllah Misya akan membalas komen bernas anda jika berkelapangan. Mana-mana komen berbentuk provokatif, hinaan, kutukan, berbaur lucah atau boleh menjatuhkan maruah seseorang akan direject dan dilaporkan kepada pihak berkuasa. Sekian.

Popular Posts