expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, December 6, 2016

Awas dengan Mental Block Manusia!!


Tahukah anda "MENTAL BLOCK" manusia yang menjadi halangan untuk seseorang itu berjaya dalam apa jua bidang diceburi? Awas dengan perkara-perkara di bawah!


11 MENTAL BLOCK MANUSIA

EGO

Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu di luar kotak akal fikiran.


SKEPTIKAL

Selalu berfikiran negatif dan tidak mencuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. Contohnya "Aku ni boleh ke berjaya?" "Boleh ke aku buat bisnes?" "Kalau orang mengata aku macam mana?".


TAKUT

Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.


TAK YAKIN

Manusia memang ada perasaan nakkan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pun tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa??


TAK LAYAK

Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.


SUKA BERTANGGUH

Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.


BAGI ALASAN

Bila ditanya kau nak berjaya tak? Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia. "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.


TUNGGU DULU

Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru so lama-lama timbul lagi banyak alasan seperti tunggu dululah, aku masih sibuk lagi.


IKUT KAWAN NEGATIF

Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif. Contohnya "Eh jom keluar malam ni lepak dataran tengok race, kau bukan buat apa kat rumah. Bini kau tidur, kita keluar la." Lama kelamaan jadi habit dalam diri.


TIDAK BERSUNGGUH

Bila buat sesuatu tindakan, dah bagus tapi tidak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba tempuhi. Last sekali putus asa.


SALAHKAN TAKDIR & AGAMA

Ni yang paling teruk orang yang menyalahkan takdir ni. Padahal diri sendiri yang tengah mencipta takdir tu. Kalau kita tak berusaha bagaimana kita nak nampak hasilnya. Kita sendiri yang sedang mencorakkan perjalanan dan peta kehidupan kita. Dalam AL-QURAN disebut "ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."


APA YANG KITA FIKIR
APA YANG KITA RASA
APA YANG KITA CAKAP
APA YANG KITA BUAT

SEMUA ADALAH DOA

ANDA ADALAH SIAPA YANG ANDA FIKIRKAN...



Misya : Kadang-kadang perlu jadi orang lain untuk melawan kelemahan diri sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...