expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, December 8, 2016

Bila Kita Tua...

Bila kita tua...

Bila kita tua, isikan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang daripada kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan.

Bila kita tua, akan tiba masanya nak ke pintu pun menjadi cabaran. Maka sementara berkemampuan, ziarahi seberapa banyak tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran Allah, lebih-lebih lagi tentang kematian.

Bila kita tua, jangan susahkan diri memikirkn anak-anak secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang anda selesai sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

Bila kita tua, berilah peluang untuk bersama rakan-rakan lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurangan dari masa ke semasa.

Bila kita tua, terimalah penyakit dengan optimis kerana sama ada kaya atau miskin semua akan melalui proses yang sama, iaitu semasa lahir, bayi, kanak-kanak, dewasa, tua, sakit dan mati.

Cari kawan biar macam cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia turut sedih. Jangan cari kawan macam duit syiling depan lain belakang lain.


Misya : Bila orang tak percaya kita dah tua, camne tu?

1 comment :

Fatin Days said... Reply To This Comment

Good advise sebagai ingatan kepada yg muda2 jugak ni

http://www.fatindays.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...