Skip to main content

Featured

Kaedah Merebus Spaghetti Supaya Tak Melekat

Salam. Bertahun-tahun saya merebus spaghetti tak pernah berjaya! haha tak berjaya apa, setiap kali rebus mesti melekat-lekat, lembik dan kembang semacam. Saya tengok orang lain (if gi beraya / open house / kenduri) or kat restoran, punya elok cantik je kejadian spaghetti dorang. Nak makan pun senang. Saya pernah try letak sedikit minyak dan garam masa merebus spaghetti tapi masih gagal menghasilkan spaghetti yang cantik. But saya tak berputus-asa tetap juga mencari kaedah dan petua merebus spaghetti yang betul. Then saya dah dapat caranya, so saya share la dengan uols if hadapi masalah yang sama bolehlah try cara saya ni. 

1. Mula-mula didihkan air sedidih-didihnya. Means betul-betul mendidih dan menggelegak. Air perlu banyak, so gunakan periuk yang besar supaya nanti keseluruhan spaghetti boleh dimasukkan. Ok masa didihkan air ni saya letak sedikit garam kasar. Supaya nanti spaghetti yang direbus ada rasa lemak masin sedikit. Kesilapan saya dahulu, saya dah masukkan siap-siap spaghett…

Hong Kong Trip #2 || Beli Octopus & Check-In Hotel

Salam. MasyaAllah punya la saya lupa nak update trip saya ke Hong Kong awal tahun lalu. Haha busy benor Puan Misya ni ya! Sampai leh terlupa plus dah pergi ke negara lain dah pun! Adoyai maaf sangat-sangat. Dari Part 1 Hong Kong Trip, baru ni nak update Part 2. Haha.. Ok jom baca apa saya buat setelah selamat mendarat di Hong Kong International Airport.

Alhamdulillah selamat mendarat selepas 4 jam berada di dalam flight. 

Tengok kat board semua tulisan Cina, ok tak faham. haha..

Benda pertama kami buat adalah dapatkan info dari Hong Kong Tourism Board ni. Sebab kami pergi ni backpacker saja. Tak gunakan agent. So kena rancang dengan teliti supaya dapat visit banyak tempat dengan cara mudah dan murah.


Part-part gini usually memang husband saya yang handle. hehe

This is 1st thing yang wajib beli bila sampai Hong Kong. Kad Octopus untuk digunakan semasa menaiki train/bas. Ala-ala touch & go card gitu.. Nak topup berapa RM?  Better topup dalam RM50 per card. Sebab public transport di HK agak mahal juga sebenarnya. Takut nanti tak sedar baki tak cukup especially bila bercuti secara backpacker begini. Beza duit Malaysia dan HK takdelah banyak. But barang kat sini agak mahal. Jadi kena berbelanja dengan berhemah. :)

Kat HK ni jangan risau tentang jaringan pengangkutan. Sama seperti Korea, public transport bersepah-sepah. Cuma kena tahu route mana kita nak tuju.

Lets go! Tak sabar nak explore apa yang ada kat HK ni..



Untuk ke hotel kami perlu menaiki bas bernombor A21. Saya tak ingat berapa exact amount tiket but i think around RM20 per pax rasanya. (Tak ingat.. tula lama sangat tinggal entry ni!!) Bas ni canggih, siap ada tempat letak bag yang besar, 2 tingkat, plus ada skrin paparan laluan bas untuk panduan orang ramai.

Kami akan menginap di Shamrock Hotel, so kami turun di Prudential Centre.

Alhamdulillah selamat sampai di hotel. Syukur receptionist sangat baik melayan kami. 

Untuk makluman saya biasanya akan booking hotel secara online melalui laman web Booking.Com. Dalam banyak-banyak hotel, kami pilih Shamrock Hotel walaupun rate dia agak mahal tetapi rasanya berbaloi sebab kalau book hotel yang murah even below RM100 per night pun ada, nampak dalam gambar memang cantik, tapi rupanya bilik dia sangat sempit! Plus terpaksa melalui rumah-rumah awam which takkan selesa punya uols nak bercuti. Takpe invest lebih sikit untuk keselesaan bermalam lepas penat berjalan. Untuk Shamrock Hotel ni kami dapat rate RM200 per night. Biliknya? Alhamdulillah rezeki kami dapat bilik yang besar dan selesa. Nanti saya story kemudian ya.

Inilah duit Hong Kong Dollar. Ratenya lebih kurang duit Malaysia juga. Almaklum RM kan jatuh..


Excitednya saya tak sabar nak jenjalan kat luar untuk feel musim sejuk di HK! Ok saya sambung lagi Part 3 ya! (Hope tak lupa baca! Ngeee..)


Misya : Hadiah untuk diri sendiri dan suami.





Comments

Popular Posts