expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 23, 2016

Masuk Zoo percuma, keluar kena bayar?


Salam Jumaat semua. Anda sihat? :) Jom baca sebuah kisah renungan untuk hari ini.. 

Ada seorang hamba Allah telah membuka sebuah Zoo. Di pintu masuknya, tertulis harga tiket sebanyak RM10.00/orang tetapi tiada seorang pun yang datang ke zoo tersebut.


Disebabkan terlalu lama tidak ada pengunjung maka harga tiket pun diturunkan menjadi RM7.00 tetapi tetap tiada seorang pun mahu datang....

Disebabkan masih tiada seorang pun pengunjung yang masuk, harga tiket diturunkan lagi menjadi RM3.00 dan tetap tiada pengunjung yang masuk!!

Akhirnya satu pengumuman dibuat :

*"MASUK PERCUMA"* 

Kemudian ramai orang mula berebut masuk ke zoo. Ketika pengunjung di dalam penuh, si pemilik zoo membuka semua pintu kandang binatang buas seperti singa, harimau, serigala, ular!! Tetapi pintu keluarnya telah di kunci dan pengunjung tidak dapat keluar!

Kemudian pengumuman dibuat di pintu keluar :

*KELUAR BAYAR RM100.00*

Semua orang berebut-rebut membayar untuk keluar dari zoo tersebut.

Inilah ironi kehidupan.... Ketika ditawarkan untuk hidup sihat, mendapatkan nutrisi yang mencukupi untuk kesihatan, bersenam, minum air kosong, supaya mencegah penyakit, ramai org tidak peduli.... 

Tetapi apabila sudah masuk HOSPITAL, tak kisah berapa mahal sekalipun bil Hospital, pasti akan dibayarnya supaya sembuh, walaupun harus menjual segala aset atau berhutang serta mencari sumbangan dan derma.

Begitu juga seperti sedekah. Semasa hidup, RM100 tu tersangatlah berat nak dikeluarkan tetapi apabila dah berada di alam barzakh, agaknya jika diberi kesempatan hidup semula, infak RM beribu-ribu pun dah tak kisah..

Renung-renungkan dan Selamat Beramal..


Misya : Suka tengok haiwan.

1 comment :

Reen Johari said... Reply To This Comment

Setuju.. Kita ni manusia kadang lupa. Banyak orang yang dah meninggal nak hidup semula dan nak bersedekah banyak2 sebab tahu akan ganjaran dari Allah bila bersedekah. Tapi kita yang masih hidup ni..?

http://www.reenri.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...