expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 29, 2016

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST FEB - MAC 2016

Klik untuk join

Segmen Pencarian Bloglist 2016 by LE.JH

Klik untuk join

Thursday, January 21, 2016

Photoshoot Comeback 2016 Misya by Smeta Deh & Gee Zaini

Salam semua.. After almost 3 years tak aktif dalam dunia modelling, suddenly tahun 2016 ni terasa nak aktif semula. Ramai ingat saya dah tak berminat atau dah bersara. (ceh bajet artis fofular) huhu. Actually memang saya pernah rasa tak enjoy dengan dunia modelling. Maybe sebab masa tu banyak komitmen lain yang lebih penting perlu diuruskan. So untuk tahun 2016 ni saya terasa agak lapang sedikit so bolehlah involve sikit-sikit dunia peragaan. TAPI sebagai seorang isteri, kenalah ada batas-batas yang husband saya tetapkan. InsyaAllah so far takde masalah. 

Maybe dulu gaya saya agak daring and macam tak sesuai digelar Model Muslimah. So sekarang saya kena lebih sopan. Labuhkan hijab saya dan tak pose yang nampak seksi. Tak sesuwai dah dik non... Huhu.. Then apa-apa job shoot mesti discuss dulu ngan husband. Supaya tak clash dengan aktiviti / program penting melibatkan hal family dan kerjaya saya di office. Paling penting tak drag masa sampai balik lewat. Alhamdulillah husband saya tak halang cuma saya harap kalau ada mana-mana perlukan khidmat saya, dapat difahami syarat-syarat saya ni. Saya bukan demand nak payment tinggi as long as dapat kerjasama baik, saya on je. =) Allrite lets zoom my latest portfolio! 

Tema : Free and Easy
Talent : Aimi Syahirah
Photog : Smeta Deh & Gee Zaini
Location : Lake Garden, Kuala Lumpur










Thank you so much to photog Abg Smeta Deh sebab masih sudi invite saya yang dah lama tak involve. Risau juga masa mula-mula nak accept sebab takut bakat dah berkarat, pose mengeras! Haha. Tapi so far okla saya dapat give the best sampai photog-photog banyak port nak snap gambar. Lagipun saya ada involve photoshoot dalam magazine dan program bisnes Elken. Takdelah kekok sangat depan kamera. Suka lagi ada la! Hehe. Orite if anda perlukan khidmat saya untuk profile/product/makeup/advertisement photoshoot, boleh roger-roger saya ya. Boleh refer compcard saya di SINI


Misya : Sedar dah jadi isteri orang.

Wednesday, January 20, 2016

Egypt Trip #2 || Kubu dan Masjid Salahuddin Al-Ayubi

Salam. Ahha sambung dari tengok keindahan piramid dalam Part 1, kami dibawa melawat ke Kubu Pertahanan Kerajaan Islam di Mesir yang sangat gah 1 ketika dahulu. Kawasan kubu punyalah luas dan menempatkan beberapa buah masjid termasuk Masjid Salahuddin Al-Ayubi, antara tokoh dan pejuang Islam yang sangat digeruni dan diingati sehingga kini. Jom zoom apa lagi ada kat kubu yang hebat ini.


Inilah Masjid Salahuddin Al-Ayubi yang sangat saya kagumi. Design nya ala-ala masjid di Turki tetapi sekali imbas masjid ni macam warna keemasan. Actually diperbuat daripada batu marmar. One more time saya kagum, macam mana lah orang dolu-dolu boleh bina masjid dengan batu-batan yang maha besar dan berat tanpa sebarang teknologi!

Sebelum masuk dah nampak dari kejauhan gahnya kubu ni. Thats why kerajaan Islam dahulu sangat digeruni di seluruh dunia.
Nak masuk sini ada tiket. Semua diuruskan oleh pemandu pelancong kami. 

Posing depan peta kubu. Sangat besar. 

Antara foto terbaik yang saya snap dengan fon saya. Non-edited tau. Memang awesome masjid ni. 

Kami berpeluang masuk ke dalam salah sebuah masjid di sini. Suasananya perghhh terasa lain macam. Seperti biasa ukiran corak yang menghiasi masjid ni sangat menakjubkan.

Jangan lupa wefie ya, hehe

See.. tiang seketul tu adalah batu marmar. Siap diukir bagai. Memang amazing!

Selfie itu wajib. Heh.


Ramai pelancong datang ke sini. Cuaca tak berapa sejuk tapi sebab kubu ni berada di pinggiran bukit, jadi angin sepoi-sepoi bahasa yang sejuk bertiup mampu buat kami menggigil juga.


Dari atas kubu kelihatan seluruh bandar Cairo (Kaherah), ibu negara Mesir. Sangat luas. Cuma tidaklah seperti di bandar-bandar elit negara maju yang lain. 



Kawasan luar kubu ni dihiasi pokok-pokok yang dibentuk dengan kalimah Allah, Muhammad dan sebagainya.



Try selfie di sudut-sudut terbaik masjid. Klasik sungguh rasa bila berada di area masjid berusia ratusan tahun ni.

Selain masjid, kat sini juga menempatkan muzium ketenteraan kerajaan Mesir.

So bolehlah melihat kehebatan pertahanan dan peralatan ketentetaan di sini.









 
Orait puas berjalan dan mengagumi kehebatan kubu binaan empayar Islam di sini, perut dah berkeroncong makanya kami request nak try Nasi Arab for lunch.

Kami dibawa ke salah sebuah restoran makanan Arab di sini. 

Orait, if datang ke sini, suasana restoran Arab di sini is really different from Malaysia. Menunya pun tak banyak. Yang paling pelik, orang-orang di sini amalkan minum air berkarbonat like Coke & Pepsi. Berbotol-botol tersusun di tepi dinding. Erm, di Malaysia orang duk boikot dari minum Coke. Jadi, sangat susah nak jumpa jus dan air mineral dan harganya agak mahal kat sini.

Kami order set Nasi Arab berlaukkan ayam. Nak kuah kena order side dish. I'm not sure either mereka yang pelik atau kami yang terasa pelik. Huhu. Kira restoran Arab di Malaysia jauh lebih baik compare di sini. Serius.


Beginilah suasana di kawasan bandar Cairo ni. Kat sini nampak ok, tapi realitinya sukar nak story. Maybe sebab negara ni kelilingnya padang pasir so bangunan dan kebersihan di sini kurang memuaskan. Plus attitude pemandu di sini wow memang menakutkan. Kalau saya berpeluang belajar di sini pun saya akan fikir banyak kali untuk teruskan. Saya mungkin bukan someone yang sesuai untuk tinggal di sini. Siapa yang study atau stay di sini untuk tempoh yang lama memang saya salute la. Perlu kekuatan mental dan fizikal untuk berada di sini. hehe.


Tapi apa-apa pun kalau anda berpeluang untuk melancong ke Mesir, jangan lepaskan peluang. Banyak benda saya belajar di sini walaupun hanya beberapa hari kami stay. Yang akan membuatkan kita bersyukur duduk di Malaysia. 


Misya : Apple juice di sini terbaik.

Monday, January 18, 2016

Egypt Trip #1 || Mengagumi Piramid di musim sejuk...

Salam semua. Dah baca entry percutian saya ke Istanbul? Kalau belum boleh terjah SINI. Ada 10 parts entry if tak silap. hehe memang jenuh nak habiskan tapi insyaAllah perkongsian saya diharapkan dapat beri manfaat buat anda semua. After Istanbul, saya, husband and family mertua menyambung perjalanan ke Egypt atau dalam Bahasa Melayunya Mesir dengan menaiki Turki Airlines. Ahha Mesir, dikenali sebagai bumi Anbia. 

Terasa bertuah diri bila dapat jejak kaki ke sini. Melihat peninggalan sejarah zaman Nabi yang terabadi di sini. Syukur Alhamdulillah..

 Kami sampai sini dah tengah malam. Cuaca punya lah sejuk! Kami stay di Rumah Pelajar Indonesia. Sewanya lebih murah compare sewa di hotel. 

Tak sangka rumah Indonesia ni cantik dihias. Actually rumah ni bekas kedutaan Indonesia yang tinggal. So kini pelajar-pelajar Indonesia yang menjaga rumah ni, Selesa la untuk didiami beberapa hari sebab suasana seperti di rumah. Cuma water heater nya ada problem this time, terpaksa mandi air sejuk. Perghhh memang mandi ala-ala P. Ramlee Bujang Lapok jela! huhu.

Suasana dari luar rumah Indonesia ini. Nampak biasa-biasa. Bahagian bawah digunakan oleh para pelajar Indonesia berkumpul dan buat pape aktiviti. Tapi bahagian atas digunakan sebagai homestay tempat kami menginap.

Keesokan kami dibawa melawat ke kawasan piramid. Kami sewa van dan dibantu oleh pelajar Indonesia sebagai pemandu pelancong kami. Sebelum sampai lagi saya dah kagum melihat piramid sayup-sayup dari kejauhan. Rupa-rupanya piramid ni tak jauh dari bandar Egypt. Tepi-tepi bandar tu je. 

Nak masuk ada tiket. 

Jangan pelik melihat kami berbaju tebal, winter coat bagai di tengah padang pasir ni. Sebab masa ni musim sejuk. Seriously  sangat sejuk around 9 darjah celcius gitu. Memang tak tahan plus angin dari padang pasir bertiup perghhh ketaq juga kepala lutut! Tapi beruntung pergi time camni. Kalau time musim panas mahu terbakar kulit sebab suhu leh cecah 45 darjah!

Di kawasan ni ada 3 piramid dan salah satunya adalah Piramid Giza. The largest piramid in the world! 


Sempat posing sambil menahan kesejukan akibat angin sejuk bertiup agak kuat.



Saya dan husband hingga kini masih tertanya-tanya bagaimana piramid ini dibina. Bayangkan bongkah-bongkah batu besar bagak tu disusun membentuk piramid. Hebatkan? Thats why piramid adalah one of the 7 wonders in the world. Pengunjung boleh naik kat atas tu dan masuk ke dalam piramid tapi dikenakan tiket. Kami memadai berjalan diluar saja.

Hoyeahhh dapat juga kami menunggang unta! Serius agak gayat bila unta ni berdiri time kita di atas nya. Takut jatuh! hehe. 

TAPI makesure sebelum naik, anda runding dulu harga dengan owner unta. If anda menghampiri dorang terus ajak naik jangan terima. Tanya dulu berapa harga. Kalau tak melayang duit anda! Sebab dorang pandai tau kalau orang Malaysia sampai RM50-100 dia caj. Kami awalnya tak tahu. Pemandu pelancong kami tolong nego barulah dorang terima harga RM10-20 then lepaskan. Lepas tu pemilik unta lain pun akan datang berebut-rebut minta duit. Macam nak bergaduh pun ada. Uishhh takut bila teringat situasi sebegitu. Husband dah pesan orang-orang Arab ni memang problem sikit dari segi attitude. Dats why kebanyakan Nabi diturunkan di kalangan mereka sebab bangsa Arab adalah bangsa paling jahil dan hingga kini masih ada sifat-sifat jahiliyyah tersebut. Jadi, berhati-hati ya,

Then kami dibawa ke suatu kawasan tak jauh dari situ untuk melihat ketiga-tiga piramid dari jauh. Serius memang cantik. Di tengah-tengah padang pasir terletak cantik 3 buah piramid. SubhanaAllah memang indah..

Ooppss tertusuk puncak piramid! hehe..

Dari kejauhan... Mengagumi senibina manusia zaman dahulu kala tanpa sebarang teknologi,

Kat sini angin lagi kuat. Tapi kami puas dapat lihat piramid dari jauh dan dekat.

Sempat singgah di sebuah tempat monumen yang biasa kita lihat dalam kaca TV.

Monumen ni dikatakan diukir sebagai mengingati salah seorang Raja Mesir (Firaun) ketika itu.

Nak bergambar di sini memang kena panjat-panjat sikit. Bongkah-bongkah batu yang besar agak memenatkan juga tapi sebab cuaca sejuk, takdelah terasa sangat.

Dah beribu tahun tetap utuh piramid dan monumen sekitarnya. Baguslah Kerajaan Mesir memelihara tempat ni.


Di celah-celah monumen.. Dikatakan ini adalah istana Firaun yang telah runtuh. Memang besar kawasan istana ni.

Area sini terdapat banyak gerai yang menjual souvenir dan kraftangan. Murah-murah juga di sini. Tapi kami dibawa ke tempat lagi best untuk shopping.;)


Nasihat saya if datang sini jangan sesekali terima apa yang dihulurkan oleh orang-orang di sini. Masa saya ke sini ada seorang hamba Allah datang dan terus hulur beberapa keping poskad. Katanya hadiah sebagai ikhlas tanda sahabat. Saya ni tak tahu terus jela ambil sebab yela maybe rezeki saya di bumi Anbia ni. Lepas beberapa langkah berjalan tiba-tiba hamba Allah tu datang minta duit. Katanya sebagai hadiah sebab dia bagi saya hadiah! Aik, kata ikhlas friendship bagai, boleh pula minta duit. Baik tak payah bagi. Saya terus pulangkan. Rupanya itulah taktik peniaga/peminta sedekah di sini. Hulur macam-macam dengan ayat-ayat manis, kalau datang sorang-sorang memang menakutkan. Nasib baik husband ada then dia terus pegang saya suh jalan rapat-rapat. Fuh itulah dugaan 1st day kami di sini. Nanti saya sambung Egypt Trip #2 ya..


Misya : Biar tak alim tapi jangan jahil.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...