expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, February 26, 2016

Segmen Bloglists azlindaalin.com Mac 2016

Klik untuk join

SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST 2016 BERSAMA KIMMIE

Klik untuk join

Royal Gold Foundation terasa diri mewah..

Salam. Huhu kegilaan saya terhadap barang Go Shop semakin menjadi-jadi! hehe.. Latest saya try Royal Gold Foundation. Kebetulan foundation sebelum ni saya beli dari Go Shop juga dah habis. So ambil peluang la nak try brand lain. Royal Gold ni agak popular juga di Go Shop. Sebelum ni saya pernah try Original Raw dan Laneigh BB Cushion. So kali ni nak review Royal Gold Foundation pula.

Buka je packaging, wow, terus teruja tengok kotak-kotak royal gold. Selain dapat 2 set foundation dapat juga 2 refill, serum dan toner. Biru gold warnanya nampak class sangat-sangat. I loike...!


Actually foundation royal gold ni mengandungi emas tau! Sebab tu lapisan atas foundation ni berwarna gold. Perghh rasa mewah plak tetiba. haha. Katanya kandungan emas dalam royal gold ni membantu menyihatkan kulit. Tapi emas dalam ni taktahu la laku ke tak kalau jual. Haha bahaya simpan dalam handbag ni, huhu, Tapi nipis je lapisan nya. letak sponge je hilang dah warna goldnya.

Apa yang best bila pakai royal gold foundation? Sama juga macam foundation sebelum ni. Best bila sapu kat kulit terus dia tutup segala cela di muka. Tapi apa yang menarik compare dengan brand lain, saya rasa sesuai untuk wanita Muslimah pakai. Purata fondation ni boleh tahan paling lama 6 jam walaupun dalam TV kata lebih daripada tu. So senang nak solat tak perlu cuci muka bila nak solat sebab contoh kalau pakai awal pagi, tengahari tu dia makin hilang, bolehlah ambil wudhu tanpa rasa ragu.:)

Ini hasilnya bila pakai Royal Gold Foundation. Nampak natural dan flawless je muka. So saya rasa Royal Gold is really suitable for my skin. Nak order? Sila lah ke channel Go Shoop 118 atau ke laman web www.goshop.com.my


Misya : Make up natural awet muda.


Monday, February 22, 2016

Ola Bola, filem terbaik Malaysia setakat ini!

Salam. Dah tengok filem Ola Bola? Kalau belum, cepat-cepat pergi tengok! Kalau tak nanti menyesal... hehe. Saya mula-mula tengok iklan masa awal filem ni nak ditayangkan, terus macam wow, this is the Malaysian movie that I want to watch at cinema! Berhari-hari, akhirnya my husband set 1 hari untuk kami dating tengok wayang. Marathon tengok Ola Bola dan Dilwale. Ahakss.. Tapi entry ni nak story tentang keterujaan saya tonton Ola Bola.

Even pelakon-pelakon yang terlibat saya tak kenal malah tak popular pun tapi don't know why saya nak juga tengok filem ni. Sebelum ni filem Melayu especially even pelakonnya sangat popular tapi tak terlintas nak gi tengok kat wayang. Even main kat TV time raya pun tak tertengok. hehe.

Best beli Milo Ais dapat free beg uncang Ola Bola. Filem ni mengingatkan generasi lama dan memberitahu generasi kini bahawa Malaysia pernah ada 1 team bola yang sangat digeruni di rantau Asia. If siapa tahu tentang lagenda bola sepak Super Mokh mesti lebih faham filem ni. Cuma watak-watak dalam filem ni tak guna nama sebenar pemain-pemain lagenda. Maybe untuk elak keluarga/waris player-player claim pape. Huhu. Tapi at least saya sebagai generasi kini rasa bangga bahawa Malaysia pernah ada player-player bola yang sangat hebat!

Orait, siapa belum tonton silalah tonton Ola Bola. Sedikit sebanyak beri suntikan motivasi dalam diri. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari dalam movie ni. Saya salute pelakon-pelakon dalam filem ni. Yang paling best semangat perpaduan pelbagai kaum di Malaysia sangat tebal disuntik dalam filem ni. Walaupun ianya takdelah sehebat filem Shaolin Soccer tapi seriously saya sangat proud bila tonton Ola Bola! Tahniah produser, pengarah, pelakon dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem ni. 


Misya : Malaysia jarang hasilkan filem berkualiti.

Kloken Living Box || Semangat nak mengemas!

Salam. Comel tak living box ni? hehe.. Saya baru beli dari Go Shop! Memang dah lama nak beli living box ni. Dah survey macam-macam brand but lastly ter berkenan dengan Kloken Living Box ni. Tengok warna dia pun menarik biru yang sejuk mata memandang. Plus beli kat Go Shop dapat freegift. Saya beli 4 storage boxes (2 sizes) tapi dapat 6 items. Extra storage organizer besar dan kecil untuk simpan barang-barang kecil.

Apa yang saya suka living box jenama Kloken ni ada platform beroda. So susun semua box then letak atas platform beroda ni. Senang kerja saya nak mengemas. Memang saya perlukannya sebab nak isi kelengkapan winter saya n husband. Almaklum barang-barang winter ni tebal-tebal so bila simpan dalam ni nampak lebih kemas plus boleh padatkan betul-betul. Sangat tahan tau living box ni. Dan tak mudah jatuh sebab bucu dia ada macam penahan untuk elak box di tingkat atas tergelincir. Then ianya kalis air. Memang banyaklah benefit dia. Tak rugi beli Kloken Living Box ni.


Saya suka sangat tengok warna dia menarik. Sweet gitu.. Menambah semangat nak mengemas rumah. hehe. Nak beli juga? Silalah tengok channel Go Shop di Astro 118.

Klik gambar untuk shopping


Misya : Rumah kemas, hati tenang.

TQ Lissa for reviewing my blog!

Salam semua. Wah rasa dah lama tak di review blogger lain. Tq Lissa sudi review my blog saya ni. Suka part akhir review Lissa suruh kemaskan lagi blog saya ni. Huhu dah lama nak wat tapi busy ya amat.T_T InsyaAllah nanti saya kemaskan lagi. Dah lama sangat pakai templat ni. Huhu. Orait, nak baca review selanjutnya klik gambar bawah ni ya. TQ again Lissa!=)






Misya : Suka teguran membina.

Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Tak lama nak masuk bulan March, makanya senarai bloglist untuk January & February akan bertukar bila masuk bulan March. So nak cari bloglist baru untuk March dan April. Jemput sertai Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016.
Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

TAMAT : 28 FEBRUARY 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016
2. Copy & paste coding dalam kotak bawah ni di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mar & Apr 2016

Terima kasih atas sokongan semua ^__^

PENCARIAN BLOGLIST THEATHRA

Klik untuk join

Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Februari 2016, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #19 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 29 Februari 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Monday, February 15, 2016

Egypt Trip #4 || Jejak kaki ke Masjid dan Gereja Tertua @Cairo

Salam. Sambung dari Part 3 selepas melawat makam para solihin, kami menyambung perjalanan kami ke tengah kota Cairo, Mesir untuk melawat Masjid dan juga Gereja tertua di Mesir. Wah menarik bukan? Boleh ke visit masjid dan juga gereja? Jom tengok apa yang berlaku..

Alhamdulillah dapat jejak kaki ke Masjid tertua di Mesir iaitu Masjid Amr bin Ash. Amr bin Ash ini merupakan pahlawan zaman dahulu yang sangat bijak dan handal dalam mengalahkan musuh-musuh Islam semasa peperangan.

Sebagai meraikan kemenangan Islam menakluki Mesir maka Amr bin Ash membina masjid ini sekitar tahun 641-642 Masihi.

Masjid ini tersangatlah luas. Jika bulan Ramadhan waktu terawih sampai ke luar masjid orang hadir berjemaah!

Tiang-tiang masjid yang sangat kukuh sehingga kini.


Berada di sini membuatkan diri rasa bertuah dapat jejak kaki ke masjid ratusan tahun ini. Feeling dia lain sangat compare masuk ke masjid baru beberapa puluh tahun dibina. Aura keimanan mereka-mereka yang pernah beribadat di sini terasa mendamaikan. MasyaAllah...

Di luar pintu masjid..

Tak jauh dari Masjid Amr bin Ash, beberapa puluh meter sahaja terletak gereja tertua di Mesir. Jom kita ke sana pula!

Ternampak bendera Mesir, snap foto dulu. hehe

Inilah Mar Girgis, gereja tertua bukan sahaja di Mesir malah di dunia! Oh baru tahu, Kristian mula bertapak di Mesir rupanya. 

Pengunjung dibenarkan masuk ke gereja ni. Tapi terhad di kawasan halaman sahajalah. Terdapat lah kisah-kisah berkaitan agama Kristian dipaparkan melalui lukisan di dinding gereja.

Apa yang menariknya gereja ni adalah dari segi senibinanya. Bukan bermakna nak mengagumi agama lain tetapi keunikan budaya toleransi agama di Mesir membolehkan setiap orang memahami dan menghormati agama orang lain.  1st time saya dapat masuk ke gereja bukan untuk berbangga diri tapi baru saya tahu pebezaan agama itu sepatutnya dihormati. 

Masa kami sampai maybe salah seorang paderinya turun dari pintu utama gereja so ramailah pelancong (maybe beragama Kristian) mengerumuninya. Husband saya kata, sebagaimana kita kagum dengan ulama'-ulama' kita, mereka juga berperasaan sama seperti kita bila bertemu dengan orang kuat 'agama' mereka. Membuatkan saya lebih faham adab menghormati agama orang lain.

Kalau di Malaysia if jejak kaki ke gereja confirm dah kena cop sesat, murtad dan sebagainya. Rasism berleluasa di Malaysia. (hope dijauhkan) Tapi di sini amalan menghormati agama orang lain sangat kuat. Mungkin ada yang kata maybe sini amalkan mazhab berbeza/penganut syiah dan sebagainya. Bagi saya Islam itu satu, kalau iman kita kuat di dada tiada apa yang boleh menggugat agama dan akidah kita. 



Best dapat pengalaman berharga di sini. Plus secara tak langsung memahami adab dan budaya bangsa lain yang takde di Malaysia. Tq Allah bagi peluang ini!=)

Ok next sambung entry Part 5 kami bershopping pula!


Misya : Islam bukan pada nama sahaja.





Bridal Shoot for Missz Sunshine Collections

Salam semua.. Dah lamanya tak pakai baju pengantin! Yeay finally after rest selama 2 tahun, i'm back in modelling world. Kali ni bertemakan bridal, organized by my friend Aishiteru Mazz dapatlah saya melaram and berangan dok bersanding lagi. Hehe.. Tq Mazz bagi peluang. Sonok tengok orang lain baru naik pelamin, so dapatlah lepaskan kerinduan nak pakai baju pengantin lawa-lawa. Jom tengok gaya saya dalam sesi photoshoot bridal collection by Missz Shunsines. Make up by Aishiteru Mazz sendiri dan photog terdiri daripada Hafizwira, D'Suci Photography, Azali Photog dan Fendi Zahari. Location at Taman Saujana, Presint 11, Putrajaya.
















Alhamdulillah settle! Seronok dapat kerjasama dengan dorang ni. Plus dapat kenal talent, MUA dan photog baru. Terasa kerdil pula diri ini walaupun pernah berjinak-jinak dalam modelling sebelum ni. Apa-apa tq kepada semua yang terlibat sebab sudi beri peluang dan terhasil foto-foto yang superb! Hope dapat kerjasama lagi next time.=)


Misya : Abaikan ketembaman pipiku.



Sunday, February 14, 2016

Segmen Blogwalking | Cik Nurul

Klik untuk join

Egypt Trip #3 || Makam Imam Shafie & Rabiatul Adawiyah

Salam semua. Waduh baru dapat sambung entry trip saya ke Mesir last year. Dah baca Part 1 dan Part 2? Kali ni sambung perjalanan di Cairo, Mesir dengan melawat makam-makam para solihin. Antara makam yang sempat saya lawati adalah makam Imam Shafie dan Rabiatul Adawiyah. Terujanya saya bila dapat tahu kami akan dibawa melawat ke makam-makam orang-orang yang hebat di sisi Allah swt ni.

Inilah makam Imam Shafie, mazhab Imam Shafie la yang kita pegang dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Islam. 

Di luar pintu masuk masjid yang menempatkan makam Imam Shafie. Nak masuk percuma sahaja tapi bila keluar confirm ada yang minta sedekah. If tak hulur, dorang akan marah-marah dalam bahasanya. Bila hulur, dorang marah juga sebab kalau boleh nak kita hulur banyak-banyak. Pelik tang mana sedekah nya tu? Wallahualam.

Meriah betul kawasan makam ni dihias. Tanda orang-orang di sini sangat menyayangi para sahabat Nabi. 

Suasana sekitar Makam Imam Shafie.. Bersih dan wangi..


Dari luar masjid.. Kalau datang sini better bawak plastik bag siap-siap untuk simpan kasut. Sebab kalau tinggal luar masjid, nanti ada orang situ tolong simpankan. Bagus orang simpankan tapi bila nak mintak balik, kena bayar! Siap tetapkan price pula tu. Sampai kami terpaksa berbalah nak mintak kasut kami. Nasib baik tourist guide bantu then dapat balik kast kami. Masyaallah dugaan betul...

Nak datang ke sini memang kena sewa transport. Kawasan ni sukar nak masuk sebab berada di dalam kawasan perumahan rakyat Mesir. Boleh sesat sebab ada jalan yang tiada tar. Agak daif penduduk di sini. Membuatkan saya rasa bersyukur dengan apa yang saya miliki.

Tak jauh dari makam Imam Shafie menempatkan beberapa makam para solihin yang lain. 

If tak silap ni makam cucu Rasulullah, Hussin. Bila sampai ke makam-makam ni hati tiba-tiba rasa sayu. Betapa kuatnya pegangan dan perjuangan agama Islam mereka sehingga dikenang sampai sekarang.

Al-fatihah untuk mereka semua...

Salah satu makam lain yang sempat kami singgah adalah makam Rabiatul Adawiyah. Tapi masa kami datang ni penjaga makam tiada so makam ditutup dan kami tak dapat masuk. Hanya dapat lihat dari luar sahaja.

Mendengar kisah tourist guide tentang kehebatan Rabiatul Adawiyah membuatkan kami semua sayu dan sebak. Kakak ipar saya menangis tak henti-henti selepas pulang dari makam ini. 

Rabiatul Adawiyah ni seorang wanita yang sangat hebat. Merupakan seorang hamba sahaya tetapi berjanji sekiranya dibebaskan dia akan mengabdikan diri kepada Allah swt. Selepas dibebaskan, Rabiatul hanya mengabdikan diri kepada Allah setiap masa beribadat tanpa henti. Even ada orang datang meminang pun dia tak terima. Yang datang meminang pun bukan orang biasa. Ada ulama, imam masjid, kerabat diraja dan sebagainya. Tapi ditolaknya dengan baik sampailah beliau meninggal dunia. MasyaAllah hebatnya Rabiatul Adawiyah..T_T


Nantikan sambungan kisah perjalanan saya di Mesir dalam Part seterusnya.


Misya : Rindu cahaya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...