expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 30, 2016

Jom like & support gambar saya dalam Pencarian Model Syamiraa!!

Salam semua. Petang semalam bosan-bosan ternampak post dari butik Syamiraa tentang contest Pencarian Model untuk produknya. Erm menarik ni boleh try. Dah bertahun tak join contest, why not cuba nasib kot ada rezeki dapat jadi model butik Syamiraa. Amin.. So, para rakan blogger yang disayangi mehlah support saya untuk contest ni. Tak susah pun cara nak support. Ngee...

1st : Of course kena Log In account fb anda. Then go to Page Syamiraa, tekan Like. Takpun tekan je Like kat bawah ni. :)

2nd : Untuk undi saya dalam contest ni kena like gambar saya di atas ni. Klik SINI then tekan like button. Tu sahaja!=)


Saya memang teruja nak shoot dengan butik-butik yang menjual produk Muslimah seperti tudung labuh. Itulah tujuan saya join semula modelling ni untuk bantu para wanita Muslimah berpakaian sopan tapi masih bergaya. Hope ada rezeki.. Support dan doa untuk saya ya!=)


Misya : Impian nak jadi Niqabis.

Wednesday, March 23, 2016

Egypt Trip #6 || Kenangan pahit manis @Mansoura

Salam. Destinasi seterusnya selepas melawat bandar Cairo, Mesir dalam entry Part 5, kami menyambung pengembaraan ke Al Mansoura, tempat adik ipar saya belajar untuk meraikan konvokesyen beliau. Perjalanan mengambil masa agak lama sebab Mansoura ni jauh dari bandar Cairo. Kira agak hulu juga yang mana kami tak tahu pun keadaan Mansoura tu camne pada awalnya. huhu. Tapi takpe banyak pengalaman berharga kami dapat di Mansoura.

Berbeza dengan bandar-bandar lain di dunia, Mansoura ni agak sibuk especially siang hari. Bangunan rapat-rapat, jalanraya penuh debu dan lumpur, kereta bersimpang-siur dengan bunyi hon sana-sini tanpa henti. Seriously kalau tak biasa memang akan jadi kejutan budaya!

Sepanjang perjalanan ke Mansoura melalui lebuhraya kelihatan kami merentasi padang pasir. Udara yang berdebu sukar nak snap gambar dengan jelas.  Jalanraya pula berlubang-lubang walaupun ianya lebuhraya bertol. Sakit jiwa juga duk dalam van bila terlanggar lopak air atau lubang.

Ini adalah homestay yang kami sewa. Maaf kalau nampak berselerak. Actually kami sampai sini waktu malam. Ada pengalaman kurang best masa mula-mula sampai ke sini. Adik ipar dah bayar booking untuk sewa salah sebuah homestay di sini di tingkat paling bawah (untuk memudahkan pergerakan atok nenek kami yang uzur dan tak larat nak panjat tangga tinggi). TAPI sampai-sampai je, tuan homestay bagitahu ada orang lain sewa rumah tersebut dan diberinya kami homestay tingkat 4! Ya Allah masa tu Tuhan je tahu perasaan kami. Marah, sedih, kecewa tapi kesian pula kat adik ipar masa tu. Bertengkar kami dengan Pak Arab owner rumah tersebut. Husband saya cuba mencari hotel berhampiran sebagai ganti tapi malangnya semua full. Yang ada pun rate sangat mahal. Nak taknak terpaksa juga memanjat tangga angkut semua barang naik tingkat 4. Paling kesian atok dan nenek masa tu.:( Pengajaran : Attitude orang Arab memang problem, they can't keep their promise especially to Asean people like us.) 

Rumah ni complete dengan dapur, peti ais dan lain-lain. Sesuai lah bawa family yang ramai tinggal tapi tahap kebersihan kurang memuaskan. Bagi saya biarlah tak mewah, tak cantik tapi kebersihan mesti No. 1.  

Bilik air besar, ada mesin basuh tapi yang tak bestnya water heater nya ada problem. OMG dengan cuaca sejuk memang mandi ala P.Ramlee jela.. huhu.


Bilik tidurnya asal takde pun selimut tebal-tebal tu. Inisiatif adik ipar balik ke rumah sewanya yang berhampiran bawakan selimut tebal-tebal ni. 1st night kami sampai serius kami tidur menggigil kesejukan. Heater pun takde! Husband saya masa tu dah naik bengang terpaksa tido kat sofa depan and memang berazam nak cari hotel untuk kami bermalam. Mahal pun mahal la janji selesa sebab nak stay di Mansoura makan masa beberapa hari.

Kak Long menceriakan kami dengan memasak makanan untuk kami. Yang best kat sini part makan tak perlu risau. Makanan halal berlambak-lambak dijual termasuk bahan mentah. Plus jangan lupa beli Shawarma kat sini. Perghhhhhh serius sedap giler!! huhu..

Sepanjang kat Mansoura ni pengangkutan utama kami adalah teksi. 1 lagi pengalaman pahit di sini di mana orang-orang di Mansoura ni tak pandai berbahasa Inggeris langsung. Ya Allah memang rasa macam anjing dengan kucing je nak communicate. Even bahasa Arab dorang gunakan pun sangat berbeza dengan yang kita belajar masa sekolah agama dulu. Nasib baiklah adik ipar tolong ajar sikit beberapa perkataan untuk memudahkan kami communicate dengan orang sini. Seriously perkataan 'university' pun dorang tak tahu! OMG...

Ok lagi 1 experience yang takkan kami lupa kat sini. Bayangkan tengah-tengah bandar Mansoura ni waktu siang memang jalanrayanya sesak ya amat. Dah tak tahu mana lane jalan, mana trafik light. Tak tahu la tiba-tiba driver teksi kami ni bergaduh mulut dengan driver van kat sebelah dia. Menjerit-jerit dalam bahasa dia pastu TIBA-TIBA dia boleh stopkan teksi dia brek mengejut kat tengah-tengah kesesakan tu nak turun and bergaduh dengan driver van tu! Ya Allah kecut perut kami dalam teksi masa tu. Nasib baik ada hamba Allah mana entah datang tenangkan keadaan then driver ni beredar dari situ. Lepas tu dia drive teksi laju giler macam pelesit! Serius rasanya muka kami memang pucat giler dah masa tu. Husband malas nak cari pasal sebab orang Arab ni dia punya baran sanggup buat apa saja. Adoi serius takut giler masa ni!

Beginilah sesaknya keadaan bandar Mansoura ni. Dari segi sivik memang failed. Suka-suka hati stop kan kereta tepi jalan, bunyi hon non-stop start lepas Subuh sampailah tengah malam, kebersihan kurang diamalkan dan lain-lain. Suasananya tak tumpah macam berada di Malaysia zaman 50an-70an yang jauh dari arus kemajuan. Tapi saya salute la student-student Malaysia terutama adik ipar saya bertahan selama 6 tahun study di sini. Memang tabik spring kat dorang!

Walaupun diduga dengan macam-macam benda tak best tapi kami tetap rasa happy sebab tak pernah datang ke tempat camni. Pengalaman pahit dan manis yang takkan kami lupakan. Husband tanya, nak datang sini lagi tak? Hehehe masing-masing tersenyum kambing.:p Cuma husband kata sini maybe better banding pergi negara bukan Islam macam India. Plus muka bumi di sini dikelilingi padang pasir dan attitude orang Arab tu sendiri yang menyukarkan kemajuan.

Ok next saya story event konvokesyen adik ipar saya di University Al Mansoura dalam Part 7.


Misya : Sebab tu Nabi-Nabi banyak berada di negara Arab.


Monday, March 21, 2016

Tahniah Shahrol Shiro, Jihan Muse & Syamim Farid!

Salam. Wah ramai sungguh artis dan selebriti yang mendirikan rumahtangga weekend baru-baru ni. Tahniah buat mereka. Antaranya pelawak terkenal Malaysia Shahrol Shiro, Jihan Muse dan pengacara GoShop (pemenang Dewi Remaja 2015/2016) Syamim Farid. Maybe ada lagi artis yang kahwin tapi rasanya ini je yang saya nampak di media sosial. 

Majlis pernikahan Jihan Muse dengan Ungku Haris pada 20 Mac 2016 penuh meriah dengan gelagat pengantin yang sangat sporting. Almaklum Jihan pelawak wanita terkenal. Tapi yang bestnya suami Jihan walaupun bergelar Ungku pun nampak happening dan tak kisah dengan gelagat Jihan plus dia pun sama-sama jadi 'gila' macam Jihan. memang sepadan la dorang. 

Tahniah Jihan dan Ungku! Saya salute dengan Jihan ni. Ramai girls kat luar umur muda baru nak kenal hidup dah meroyan-royan nak cari suami. Ada yang sanggup ketepikan maruah diri dan keluarga semata-semata nak kahwin. Pelik! Tapi Jihan relaks je and finally dapat jodoh siap kerabat Diraja lagi. Umur bukan penghalang. Yang penting dapat jodoh yang baik. 


Seterusnya lagi salah seorang pelawak terkenal iaitu Shahrol Shiro dan Nor Farhanan. Masa mula-mula Shahrol perkenalkan bakal isterinya, ramai yang kagum sebab Shahrol pilih gadis biasa saja jadi suri hatinya. Manis dan sopan je isteri Shahrol. Camnelah dia tahan dengan lawak-lawak Shahrol agaknya. hehe

Tahniah Shahrol dan Nor Farhanan! Tak berebut tarikh dengan Jihan ke masa nak kahwin ni? hehe sebab uols kan di pentas lawak yang sama. huhu

Tak sangka saya Syamim Farid, pengacara Go Shop (TV channel kegemaran saya) dah kahwin juga! Mungkin ramai yang tak kenal Syamim ni tapi beliau antara barisan pemenang Dewi Remaja sebaris Raysha Senrose. 

Tahniah Syamim dan Tengku Ezrique atas mahligai yang terbina. Huhu kahwin dengan kerabat juga tuuu..=)


Ok, mari kita sama-sama mendoakan kebahagian mereka hingga ke syurga. Cepat-cepat dapat baby! hehe.. Buat rakan-rakan blogger juga kalau ada yang mendirikan masjid juga, tahniah saya ucapkan. Moga bahagia selamanya..^_^


Misya :  Perkahwinan sekali seumur hidup, biarlah dapat yang terbaik untuk diri, keluarga dan orang keliling.

Sunday, March 20, 2016

Green Hotel, Sabak Bernam || Apa pendapat saya?

Salam. Ada sesiapa mencari hotel untuk menginap di sekitar Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor? Saya suggest anda menginap di Green Hotel area pekan Sungai Besar. Kalau sesiapa tahu area ni dahulu terkenal dengan kedai-kedai menjual kain ela. Kebetulan saya outstation ke area sana atas tugasan audit kilang makanan di Sabak Bernam so Green Hotel jadi pilihan untuk menginap. Jom tengok apa yang disediakan oleh hotel ini. Ratenya pun sangat murah. 

Saya pilih bilik sebuah katil Queen. Masuk je hotel ni semuanya kelihatan baru. Maybe hotel ni baru je siap. Kebersihan tip top.


Bilik airnya besar juga. Bersih dan selesa.

Syampu dan shower gel disediakan dalam cara camni. So takleh lah nak rembat syampu/sabun hotel. haha.. 

Ada jug dan cawan disediakan tetapi tiada water heater. So camne nak buat air panas?

Don't worry kat luar bilik ada disediakan air panas. Bolehlah nak tadah dalam jug dan bawa masuk bilik.

Nak iron baju, kena keluar bilik. Tak perlu request dari kaunter/housekeeping.


Yang penting ada TV. Hehe.. Takdelah bosan almaklum outstation atas urusan kerja membosankan kadang-kadang.

Tiada almari disediakan. But ada penyangkut baju, hanger dan tuala untuk kegunaan anda.

Ginilah rupa hotelnya dari luar. Dah nama pun Green Hotel, so bangunan pun cat warna hijau. hehe.. Rate bilik sini around RM70-RM120 camtu depends pada jenis bilik. Bilik family pun ada. Tapi takde breakfast sebab hotel ni kira macam hotel bajet jugalah. Tapi jangan risau, area hotel ni banyak kedai makan. Secret Recipe betul-betul kat belakang hotel ni. huhu. Bank pun ada berhampiran hotel ni. Kira tak risau lah if anda kebetulan stay sini sorang-sorang.

Yang paling best banyak butik pakaian, salon dan spa! Murah plak tu harga kat sini banding KL. Apa lagi memang heaven la saya shopping dan memanjakan diri berurut di spa. hehe..

Info lanjut tentang hotel ni boleh visit http://www.greenhotel.my/


Misya : Mak saya tak hijau.

Saturday, March 19, 2016

Zurin || Kanser otak sembuh 100%!!

"Alhamdulillah... Abang Mael baru dapat BERITA BAIK dari RSM Zurin yang telah sekian lama menderita dengan BRAIN TUMOR. Selepas beberapa bulan Zurin consume ELFAHEX dan DR XENIJI Elken, semalam selepas checking di hospital, Alhamdulillah, BLOOD TEST Zurin berada di tahap Normal... Ini bermakna, RSM Zurin BEBAS dari sebarang MASALAH selepas mengambil ELFAHEX & DR XENIJI Elken secara konsisten.. Dan 3 hospital telah mengesahkan supaya RSM Zurin meneruskan pengambilan product-product ELKEN..." 




PESAKIT KANSER & BRAIN TUMOR SEMBUH 100%!!!
💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖
"Alhamdulillah... Sesungguhnya Allah swt dengan KEKUASAAN DAN KEAGUNGANNYA menyediakan kita segala-galanya di bumi, di laut dan di langit dan tidaklah Dia memberi terus kedalam mulut kita, kerana Dia mahukan kita PERLU BERUSAHA, BERDOA & BERTAWAQAL...

Tahniah di atas usaha-usaha ZURIN, tanpa jemu mencari penawar, tanpa jemu BERDOA pada yang MAHA ESA dan menyerahkan segala ketentuan kepada yang MAHA PENCIPTA... Zurin telah mengambil PRODUK-PRODUK kami:

🔷
Air RO🔷
Dr Xeniji🔷
Kington🔷
Elfahex


Dan 3 hari lepas, doctor telah pun mengesahkan Zurin telah BEBAS 100% dari CANCER & BRAIN TUMOR!!!! Syukur Alhamdulillah...!!! Semoga Zurin bertambah segar, sihat dan bersemangat waja untuk menjalani kehidupan ini dan sama-sama berjuang di dalam bisnes ini untuk MENJAYAKAN DIRI DAN MENJAYAKAN RAKAN TAULAN. Kami sangat bangga dengan Zurin. Amin.. Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin...." ABANG MAEL & KAK CODDY @PC92MC



Inilah kisah Kak Zurin, salah seorang rakan bisnes saya yang kini telah sembuh 100% daripada penyakit kanser dan tumor otak. Kali pertama saya jumpa beliau, tak sangka beliau seorang pesakit kanser tahap 4! Wajah dia tenang je tak nampak macam orang sakit tapi tiada siapa tahu beliau sedang bertarung melawan kanser yang paling ditakuti oleh sesiapa saja dan dikatakan tiada ubat yang mampu merawatnya.

Ini adalah foto saya jumpa beliau beberapa hari sebelum doktor mengesahkan kanser beliau 100% sembuh. Antara ayat yang dia sebut, "2 minggu akak tak leh bangun tapi akak konsisten ambil elfahex sekotak setiap hari tak miss. Akak percaya produk Elken akan bantu sembuhkan akak selain doa kepada Allah" Wow betapa kuatnya semangat Kak Zurin! Dan betapa yakinnya beliau dengan produk Elken. Yang paling penting beliau tak perlu bertarung melakukan rawatan kemoterapi atau terlantar di hospital sambil menanggung kos rawatan yang sangat mahal. Actually Kak Zurin bukan orang pertama yang sembuh kanser stage 4 selepas menggunakan produk Elken. Alhamdulillah ramai yang sembuh. Antara yang Kak Zurin amalkan adalah ambil RO water, Elfahex dan Dr. Xeniji.

Air RO 100% bebas dari sebarang pencemaran. Kalau anda makan suplemen/ubat bagus sekalipun tapi minum air sakit, takkan membantu apa-apa. Sebab 70% tubuh adalah air.  

Elfahex antara suplemen terbaru dari Elken. Untuk mereka yang telah sembuh kanser tapi takut kanser datang kembali, cubalah amalkan ELfahex ini. Saya memang syorkan sebab bekas pesakit kanser mempunyai keimunan yang rendah dan senang dijangkiti semula. So, ambil Elfahex ya!

Dr. Xeniji ni pun powerful untuk membantu merawat penyakit kronik seperti kencing manis dan kanser. Wanita mengandung pun sangat digalakkan. Jeli perisa pelbagai buah-buahan berry yang lazat ni diperam 3 tahun baru boleh dimakan! Betapa hebatnya produk ni.

Mana nak dapat? Boleh pm/wasap saya di 016-9561764. Kalau anda ada kenalan, saudara, ahli keluarga atau diri anda sendiri yang mengalami penyakit kronik seperti Zurin, ikhtiar la dengan produk Elken ni. Tak cuba tak tahu. Jangan biarkan mereka menderita tanpa anda berkongsi kebaikan produk-produk ni sebelum terlambat. Kita hanya mampu berusaha, Allah menentukan segalanya.


Misya : Sakit penghapus dosa.

Beli globe sebab jahil!

Salam. Anda tahu tak kedudukan negara-negara dalam dunia ni? Ahha jangan risau kalau tak tahu sebab saya pun actually jahil pasal benda ni. hahaha. TAPI yang membuatkan saya sedar untuk ambil tahu pasal ni bila setiap kali saya nak fly ke oversea mesti saya tanya husband negara ni kat mana, negara tu kat mana, negara tu atas ke bawah. Pastu dalam flight teruja tengok kat skrin laluan kapal terbang tu merentasi negara apa. Sekali husband tanya balik, sayang memang tak tahu ek kedudukan negara-negara dalam dunia ni? Erk! Hahaha baru terasa macam KENA AMBIL TAHU. 

Finally saya dapat idea nak beli globe! Puas gak cari globe ni merata tempat. Susah rupanya nak dapat globe ni. Last-last terjumpa kat kedai souvenir @Alamanda Putrajaya. Itupun tinggal 1 jek! Nasib baik...

Betapa terujanya saya bila dapat beli globe. Tak sabar nak belajar kat mana benua-benua atas bumi ni terletak. Sebab saya baru tahu negara Rusia tu dekat dengan China! OMG jahilnya saya... huhu. Actually macam-macam info boleh dapat dari globe ni. Tentang ukuran sebenar bumi, suhu, musim, jarak dan sebagainya. Macam belajar geografi balik. hehe.

Takdelah besar mana globe ni tapi oklah boleh nampak kat mana negara-negara yang penting. Bila saya explore globe ni membuatkan saya teruja nak melancong ke seluruh dunia. Di usia saya nak cecah 3 series ni Alhamdulillah saya dah jejak hampir 10 buah negara. Seronok if dapat ke luar negara ni sebab boleh belajar macam-macam tentang budaya yang berbeza. Membuatkan fikiran kita lebih terbuka dan luas. Kalau ada rezeki lebih tak salah melihat negara orang. :)


Misya : Mengagumi kebesaran Allah swt.

Kenangan Rombongan Haji || Antara air mata kesedihan dan kegembiraan...

Salam. Oopss jangan salah faham. Bukan saya yang pergi Haji, tapi ibu saudara saya iaitu Mak Andak. Kisah ni dah 2 tahun berlalu if tak silap. 2nd time menghantar saudara rapat mengerjakan Haji d Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya. Entah kenapa saya sangat teruja walaupun bukan saya yang nak pergi. Setakat menghantar pun dah feeling lain macam. Semangat nak ke Makkah satu hari nanti semakin kuat. Amin.. 

Ada macam gadis Palestin tak? [perasan] Kat area kompleks ni ada jual macam-macam termasuk mafela Palestin ni. Kebetulan tahun Mak Andak saya pergi ni ada krisis di Gaza, Palestin. So banyak produk tanda support Gaza dijual termasuk mafela saya pakai ni.

Inilah mak andak saya. Beruntungnya beliau di waktu masih muda dah berpeluang menunaikan ibadah Haji. Sebelum ni beliau pernah pergi umrah. Banyak kali saya dengar beliau rindu suasana di Mekah and finally panggilan Haji memilih beliau sebagais alah seorang jemaah pada tahun tersebut.

Yang paling best kali ni adik-beradik ayah saya semua hadir. Meriah rasa macam reunion family.

With all my cousins. 


My family with Mak Andak.


All aunties and cousins.

See... meriah tak? Yang dari Seremban, Rawang, Bukit Beruntung semua datang untuk menghantar pemergian Mak Andak ke tanah suci Makkah.

Ok dah tiba masa nak berangkat. Orang ramai sudah mula mengerumuni pintu masuk untuk pelepasan jemaah. Tetiba rasa sedih menyelubungi kami semua.

Ok part inilah yang paling sebak. Berjujuran air mata kami bersalaman dengan Mak Andak. Mohon mendoakan kami di sini dan semoga Mak Andak selamat sampai dan kembali ke tanahair. Semua tahu pergi Haji ni ibarat antara hidup dan mati. Nak bertemu dengan Allah. Jika panjang umur, dapat bertemu kembali. ;(

Ramai sangat-sangat masa ni sampai tercari-cari mana Mak Andak kami.

Di celah-celah orang ramai nampak juga Mak Andak di pintu masuk.

Senyuman terakhir buat kami sebelum berangkat ke tanah suci Makkah. Masa ni antara perasaan sedih dan gembira bercampur baur dalam jiwa saya. Sedih sebab kena berpisah jap dengan Mak Andak untuk beberapa minggu. Sebab kami ni antara makcik-makcik memang rapat. Gembira sebab Mak Andak antara yang bertuah dapat menunaikan Haji dan bakal bergelar Hajah. Dan yang tak sangka mak andak saya ni dulu orangnya sangat garang dengan anak-anak buahnya. Tapi garang-garang beliau ada sebabnya but now beliau antara makcik yang sporting!


Mak Andak with Pak Andak.. Untuk pengetahuan Mak Andak dah pun selamat kembali ke tanahair dan kini bergelar Hajah. Syukur Alhamdulillah. Hope 1 hari nanti saya dan family dapat ke sana juga. Amin..=)


Ramai tanya bila saya nak ke sana? InsyaAllah kalau diizinkan saya ke sana, saya pasti ke sana. Husband pernah pesan, pergi Makkah bukan sekadar untuk orang ada duit tapi pengisian diri tu paling penting. Apa guna pergi sana, tapi hati kosong? Saya tanya balik, bukan nanti kat sana kita beribadat betul-betul pasti jiwa kita akan terisi. Husband senyum sambil jawab, ada pemimpin yang kaya raya pergi sana berpuluh kali tapi balik masih rompak duit rakyat. Sia-sia. So pergi sana biarlah at least diri 'bersih' dan bersedia. Tak 100% pun tapi jangan sampai kosong. Oh baru saya faham. InsyaAllah i will improve myself sebelum persembahkan diri kepada Yang Maha Esa di sana.:)


Misya :  Mencari cahaya Ilahi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...