expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, January 4, 2017

8 tips untuk elakkan jenayah bermula dari facebook!

Salam. Berkenaan kes rompak, rogol dan bunuh yang banyak berlaku sekarang ni, saya nak ambil kesempatan untuk kongsikan beberapa tips keselamatan di facebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Saya tiada kaitan dengan kes-kes tersebut, cuma nak kongsikan:


1. Kurangkan selfie.

Kita tak tahu kalau-kalau selama ni tiap kali post gambar, ada mata yang sentiasa memerhati. Dah lama jatuh cinta dengan awak. Dah lama imagine nak "bersama" awak. Nak jadikan awak milik dia. Jangan kata mustahil, zaman sekarang ni manusia semakin gila!

2. Jangan check-in rumah sendiri.

Tolonglah.... jangan check-in alamat sendiri siap letak alamat pulak tu! No.1, Jalan 2, Taman Tas, Kuantan. Bila-bila masa je orang boleh datang rumah awak.

3. Jangan up status tinggal seorang di rumah.

Dah lah check-in alamat sendiri, siap bagitau dunia yang awak tengah sorang-sorang kat rumah. "Boringnya. My hubby outstation lagi. Tinggal dengan anak bulus je. Ada yang nak teman?" Haaa.. jap lagi ada yang datang betul-betul baru tau erti penyesalan. Kalau yang jenis tak pernah check-in alamat sendiri pun perlu elakkan bagitau awak tengah keseorangan. Sebab apa? Ada je kawan diluar alam maya yang tahu rumah awak dan tak semuanya baik.

4. Jangan post nombor plat kereta

Ye... tahu kereta tu atas nama awak. Hasil titik peluh awak. Kalau nak post gambar, at least tutup nombor plat. Bahaya. Dari nombor plat je boleh tahu semua personal details kita. Kalau info tu dapat kat tangan orang jahat?

5. Jangan sibuk nak check-in semua tempat yang awak pergi.

Sampai pejabat check in, Tingkat 73 KLCC. Lunch check-in, kedai mamak belakang KLCC. Habis kerja, pergi jogging check in Taman KLCC. Nak balik rumah check-in jem kat highway AKLEH sambil selfie nampak muka cantik dan lambang kereta mahal kat stereng. Sampai rumah check-in lagi, "Sampai dah my home sweet home No.38-4-7 Kondo Mewah, Jalan Orang Kaya, KL.

Tips : Post apa-apa aktiviti bercuti, jalan-jalan ke apa ke beberapa hari selepas selesai aktiviti tersebut. 

Bahaya! Bahaya! Bahaya! Nak-nak lagi kalau status tu setting public. Satu dunia boleh tengok.

6. Hadkan apa yang perlu dikongsi di facebook.

Baru beli gelang emas lip lap lip lap macam mami jarum, tak payah post kat fb. Dapat bonus RM10k seeloknya jangan up kat fb. Jangan terlalu pamerkan kemewahan dan kekayaan awak kat fb. Bukan sebab taknak orang kata riak, itu isu lain. Tapi demi keselamatan awak.

7. Pasang CCTV dan Autogate. 

Yang selalu balik keje sorang sorang tu hati-hati.. Especially bila buka pintu atau kunci pintu gate sorang-sorang, kalau boleh  jangan balik malam-malam.. Jenayah berlaku tak ikut waktu. Disarankan pakai sistem autogate dan CCTV, ada yang murah. Sekarang ada banyak CCTV canggih yang boleh dipantau melalui phone.. If suami selalu outstation beringat ya! Kes jenayah dah banyak berlaku di banyak tempat.


8. Bawalah kunci remote kereta anda di tepi katil. Jika anda syak macam ada perompak baru nak masuk, boleh bunyikan alarm kereta. Ia dapat membantu anda mengejutkan jiran-jiran anda jika ditimpa musibah. Tak perlukan alarm yang mahal untuk menakutkan perompak. Alarm kereta pun boleh..

Harap apa saya share ni bermanfaat. Muhasabah untuk diri saya juga. Semoga kita semua dilindungi dari perkara buruk dan kejahatan manusia. :)


Misya :Tak suka share aktiviti


1 comment :

Husna Rahman said... Reply To This Comment

kesemua tips2 ni penting..hati2 mostly girls!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...